Arsenal
Ivan Gazidis mahu peminat berhenti merungut dan beri sokongan kepada Arsene Wenger, dalam usaha Arsenal mencari tiket ke Liga Juara-juara.
Aston Villa
Pengurus Villa, Alex McLeish yakin Darren Bent akan bangun semula daripada kecederaan ligamen yang mungkin memastikan dia terlepas Euro 2012.
Blackburn
Pemain pertahanan, Christopher Samba pertahankan perpindahannya ke Anzhi Makhachkala dengan menafikan dakwaan bahawa dia ke sana kerana wang.
Bolton
Pihak Bolton dilapor sedang memerhatikan perkembangan pemain sayap muda Blackpool, Thomas Ince yang akan tamat kontrak pada tahun hadapan.
Chelsea
Robbie Kean yakin bintang Chelsea, Fernando Torres akan kembali ke tahap terbaik setelah mendapati dirinya digugurkan daripada skuad Sepanyol.
Everton
Berita baik untuk pengurus Everton, David Moyes kerana Jack Rodwell dan Leon Osman telah membuat kemunculan semula bersama skuad simpanan.
Fulham
Pihak Fulham dilapor sedang memerhatikan perkembangan pemain sayap muda Blackpool, Thomas Ince yang akan tamat kontrak pada tahun hadapan.
Liverpool
Pemilik Liverpool dilapor bersedia untuk berbelanja besar pada musim panas nanti dan dilapor telah mensasarkan pemain Barcelona, Seydou Keita.
Manchester City
Pemain Man City, Joe Hart mengaku gembira jika dilantik menjadi kapten England, tetapi berpendapat bahawa ada calon lain yang lebih layak.
Manchester United
Pemain tengah, Paul Pogba tidak akan pertimbangkan tawaran daripada Milan dan Juventus sehinggalah dia telah berunding dengan Manchester Utd.
Newcastle United
Newcastle Utd telah memanggil Papiss Cisse pulang daripada tugasnya bersama Senegal, setelah pemain itu mengalami kecederaan pada pangkal paha.
Norwich City
Pemain Norwich, Andrew Surman menolak peluang menyertai skuad Afrika Selatan buat kali yang kedua kerana dia masih menunggu panggilan England.
Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Mark Hughes berharap Luke Young sempat pulih daripada kecederaan dan turun menentang Everton hujung minggu ini.
Stoke City
Glenn Whelan mahu Stoke City menamatkan musim ini di 10 tempat teratas dan berharap dapat mengutip mata tertinggi dalam sejarah kelab itu.
Sunderland
Pemain tengah, Jack Colback telah menggesa Sunderland supaya bangun daripada kekalahan kepada West Brom bila mereka turun menentang Newcastle.
Swansea City
Pemain pertahanan Swansea, Neil Taylor berkata mereka berazam mengelakkan kekalahan ketiga berturut-turut dan membalas sokongan peminat mereka.
Tottenham
Emmanuel Adebayor gesa Tottenham untuk membuktikan bahawa mereka masih boleh menjadi juara dan bangun dengan menewaskan Manchester United.
West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson memuji impak serta-merta oleh Keith Andrews dan Liam Ridgewell yang tiba dalam pasaran bulan Januari lalu.
Wigan Athletic
Wigan Athletic dilapor sedang memerhatikan perkembangan pemain sayap muda Blackpool, Thomas Ince yang akan tamat kontrak pada tahun hadapan.
Wolverhampton
John Ward mendedahkan bahawa Terry Connor tidak pernah teringin menjadi pengurus, tetapi yakin pengurus baru Wolves itu akan berjaya di situ.
No comments:
Post a Comment