Tuesday, February 7, 2012

EPL

Arsenal
Theo Walcott percaya Arsenal berhutang keputusan besar dengan Arsene Wenger yang banyak menerima kritikan akibat aksi mereka yang kurang bagus.

Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish mengumumkan bahawa Chris Herd sudah hampir pulih sepenuhnya selepas dua bulan mengalami kecederaan ligamen.

Blackburn
Pasukan bolasepak kebangsaan India membatalkan rancangan untuk berkunjung ke Blackburn kerana masalah yang dihadapi oleh kelab itu ketika ini.

Bolton
Pemain tengah Bolton, Ricardo Gardner mungkin masih mempunyai masa depan di Stadium Reebok walaupun tidak lagi dapat beraksi pada musim ini.

Chelsea
Pengurus, Andre Villas-Boas masih berada di bawah pemerhatian Roman Abramovic yang sekali lagi menghabiskan masa di pusat latihan Chelsea.

Everton
Landon Donovan berkata Everton boleh bersaing dengan mana-mana skuad Liga Premier dan mahu membuktikannya bila mereka turun menentang Chelsea.

Fulham
Penyerang Fulham, Moussa Dembele mahu melihat skuadnya membuat kemajuan dalam Liga Premier, selepas melalui perlawanan yang sukar Sabtu lalu.

Liverpool
Gordon Taylor mahu isu perkauman yang melibatkan Luis Suarez dan Patrice Evra ditamatkan dengan kedua-dua pemain berjabat tangan minggu ini.

Manchester City
Penjaga gol Man City, Joe Hart percaya bahawa pasukannya harus fokus pada diri sendiri dan bukannya berfikir mengenai pesaing utama, Man Utd.

Manchester United
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan keras terhadap kes perkauman dalam bolasepak.

Newcastle United
Penyerang, Demba Ba berkata dia berasa 'lucu' dengan khabar angin yang mengatakan dia mahu keluar dari Newcastle kerana dia gembira di situ.

Norwich City
Norwich City dan West Ham dilapor sedang mengikuti perkembangan remaja Reading, Michael Hector yang dilabelkan sebagai 'Chris Smalling baru'.

Queens Park Rangers
CEO, Philip Beard menegaskan bahawa penyingkiran daripada Liga Premier tidak akan menghalang kelab QPR melaksanakan rancangan jangka panjang.

Stoke City
Robert Huth gagal dalam rayuan untuk membatalkan kad merah yang diterima ketika menentang Sunderland dan perlu perlu digantung tiga perlawanan.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill pertahankan David Meyler dengan menegaskan bahawa dia bukan berlakon sehingga Robert Huth dibuang padang.

Swansea City
Kelab Swansea City mengesahkan bahawa Ferrie Bodde akan menjalani pembedahan lutut dan dikhuatiri pemain tengah itu mungkin terpaksa bersara.

Tottenham
Scott Parker percaya prestasi pertahanan Tottenham ketika menentang Liverpool di Anfield telah membuktikan mereka bukan hanya tahu menyerang.

West Brom
Shane Long dijangka dapat kembali beraksi minggu ini dan pengurus West Brom, Roy Hodgson mengharapkan gandingan yang berbisa dengan Odemwingie.

Wigan Athletic
Emmerson Boyce mengaku dia lebih rela jika Wigan bermain dengan buruk tetapi menang, dan masih yakin mereka boleh mengelakkan penyingkiran.

Wolverhampton
Kapten, Roger Johnson percaya lima perlawanan seterusnya akan menentukan sama ada Wolves boleh mengelakkan penyingkiran daripada Liga Premier.

No comments:

Post a Comment