Athletic Bilbao
Bilbao mara ke peringkat akhir Copa del Rey setelah Muniain, Laskurain, Aurtenetxe dan Llorente jaringkan gol untuk menyingkirkan Mirandes.
Atletico Madrid
Pemain pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin masih belum kembali menjalani latihan skuad dan dia mungkin tidak dapat turun menentang Racing.
Barcelona
Barcelona dilapor masih mahu cuba mendapatkan Thiago Silva dan telah jadikan pemain Milan itu sebagai sasaran utama dalam pasaran musim panas.
Espanyol
Javi Lopez puas hati berada di tempat kelima, tetapi beri amaran kepada skuad Espanyol supaya jangan memandang rendah Zaragoza yang terdesak.
Getafe
Pemain Getafe, Abdel Barrada menegaskan bahawa dia tidak mengendahkan ura-ura mengenai minat dari Jose Mourinho kerana ia belum tentu benar.
Granada
Pemain tengah Granada, Mikel Rico mahu pasukannya mensasarkan kedudukan di tengah carta dengan menewaskan Villarreal pada hujung minggu ini.
Levante
Pemain Levante, Munua, Del Horno, Iborra dan Botelho diancam penggantungan kerana mereka semua sudah menerima empat kad kuning pada musim ini.
Malaga
Penjaga gol Malaga, Willy Caballero percaya pasukannya perlu sasarkan rekod baru di kelab itu dan bukan sekadar mendapatkan tempat di Eropah.
Osasuna
Pengurus Osasuna, Mendilibar yakin Barcelona akan mencicirkan mada sebelum musim ini tamat, tetapi mengaku mereka pilihan utama minggu ini.
Racing Santander
Racing Santander umumkan bahawa pemain muda, Jairo dan Dani Sotres telah dipanggil menyertai latihan skuad U19 Sepanyol pada minggu hadapan.
Rayo Vallecano
Berita buruk untuk Rayo kerana Roberto Trashorras tidak dapat beraksi selama dua minggu setelah pergelangan kakinya dipijak oleh Ruben Micael.
Real Betis
Penyerang Real Betis, Roque Santa Cruz percaya sebelum ini pasukannya hanya bermain dengan otak tanpa keghairahan yang diperlukan untuk menang.
Real Madrid
Penyerang Real Madrid, Jose Callejon yakin pengurus, Jose Mourinho akan kekal di kelab itu kerana dia kelihatan tenang dan gembira di situ.
Real Mallorca
Pemain tengah, Gonzalo Castro mengaku bahawa Mallorca belum menghubunginya mengenai kontrak baru, tetapi yakin masih ada banyak masa untuk itu.
Real Sociedad
Penyerang Sociedad, Diego Ifran berharap sempat pulih sebelum perlawanan menentang Sevilla yang amat penting untuk memastikan mereka selamat.
Real Zaragoza
Real Zaragoza bukan sahaja yang paling corot dalam La Liga, tetapi mereka juga adalah yang paling corot di antara tujuh liga utama Eropah.
Sevilla
Michel adalah pengurus baru Sevilla sehingga bulan Jun dan dia akan ditawarkan kontrak jangka panjang jika bawa kelab itu ke Liga Juara-juara.
Sporting Gijon
Berita buruk untuk pengurus Sporting Gijon, Inaki Tejada kerana otot Ivan Hernandez telah terkoyak dan dia tidak dapat beraksi selama 10 hari.
Valencia
Unai Emery berkata perlawanan Copa menentang Barcelona melambangkan peluang dan harapan untuk Valencia, dan mereka wajib berusaha ke arahnya.
Villarreal
Presiden, Fernando Roig berkata bahawa Villarreal masih berunding dengan Sao Paulo mengenai Nilmar, tetapi dia mungkin juga akan ke kelab lain.
No comments:
Post a Comment