Arsenal
Wolves mengesahkan Emmanuel Frimpong tidak lagi dapat beraksi dalam musim ini setelah pemain milik Arsenal itu mengalami kecederaan ligamen.
Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish meremehkan pertengkarannya dengan Stephen Ireland dan menegaskan bahawa pemain itu digantikan kerana cedera.
Blackburn
Steve Kean mahu situasi Chris Samba diselesaikan secepat mungkin dan mengaku bahawa Blackburn terasa kehilangannya ketika menentang Arsenal.
Bolton
Sam Ricketts mengaku tekanan semakin tinggi tetapi berharap pemain baru dan yang baharu pulih akan membantu Bolton keluar dari zon bahaya.
Chelsea
Petr Cech kesal dengan kegagalan Chelsea untuk mengekalkan kelebihan tiga gol ketika menentang Manchester Utd dan enggan mengkritik pengadil.
Everton
Leighton Baines gembira dapat bermain dengan Steven Pienaar semula dan berpendapat dia akan pemain terbaik yang pernah berganding dengannya.
Fulham
Pemain baru Fulham, Pavel Pogrebnyak yang sedang menantikan permit kerjanya, menegaskan bahawa dia tidak gentar dengan cabaran Liga Premier.
Liverpool
Pemain Liverpool gagal jaringkan gol buat kali ke-3 dari 5 perlawanan untuk seri di tempat sendiri buat kali ke-8 setelah menentang Tottenham.
Manchester City
Penjaga gol Man City, Joe Hart berbesar hati disebut sebagai calon kapten England yang baru, tetapi tidak menjangkakan yang ia akan berlaku.
Manchester United
Cristiano Ronaldo dilapor memberitahu keluarganya yang dia mahu kembali ke Man Utd kerana tidak lagi gembira dengan kehidupan di Real Madrid.
Newcastle United
Newcastle mengesahkan bahawa Leon Best tidak dapat beraksi selama enam minggu setelah mengalami kecederaan ligamen ketika menentang Villa.
Norwich City
Anthony Pilkington menegaskan bahawa Norwich hanya mahu kekal di dalam Liga Premier, walaupun berada di tempat ke-9 selepas menewaskan Bolton.
Queens Park Rangers
Lee Cook akan keluar daripada Queens Park Rangers sebaik sahaja pasaran pemain pinjaman dibuka dan dia dijangka akan menuju ke Leyton Orient.
Stoke City
Pemain pertahanan Stoke City, Jonathan Woodgate yakin kad merah Robert Huth akan ditarik bali dan berkata dia tidak sepatutnya dibuang padang.
Sunderland
Michael Turner percaya prestasi pertahanan Sunderland ketika menentang Stoke membuktikan kemajuan yang telah dibuat oleh pemain bahagian itu.
Swansea City
Gylfi Sigurdsson enggan membuang tenaga berfikir mengenai masa depannya, tetapi mengaku dia mengalukan peluang untuk kekal bersama Swansea.
Tottenham
Tottenham gagal jaringkan gol buat kali kedua dalam Liga Premier untuk seri di tempat lawan buat kali yang ketiga setelah menentang Liverpool.
West Brom
Pihak FA telah beri amaran kepada pemain West Brom, Paul Scharner bahawa tindakan akan diambil sekiranya dia menunjukkan baju-T sekali lagi.
Wigan Athletic
Pemain tengah Wigan, James McCarthy menggesa pasukannya menghilangkan rasa takut yang telah menghalang mereka daripada menewaskan Everton.
Wolverhampton
Wolves mengesahkan Emmanuel Frimpong tidak lagi dapat beraksi dalam musim ini setelah pemain milik Arsenal itu mengalami kecederaan ligamen.
No comments:
Post a Comment