Monday, February 13, 2012

EPL

Arsenal
Aaron Ramsey gesa Arsenal menjaringkan gol ketika menentang Milan di San Siro dan mengaku pemain tengah perlu membantu mengurangkan beban itu.

Aston Villa
Aston Villa mengesahkan bahawa Richard Dunne dijangka tidak dapat beraksi selama lapan minggu setelah tulang bahunya retak pada hari Ahad lalu.

Blackburn
Chris Samba tidak turun bersama pasukan simpanan Blackburn ketika menentang Wigan, tetapi Steven Kean berkata pemulihannya berjalan lancar.

Bolton
Ryo Miyaichi bersemangat selepas membuat kemunculan pertamanya untuk Bolton dan berkata dia kini lebih memahami tentang bolasepak Liga Premier.

Chelsea
Frank Lampard mendakwa bahawa pemain Chelsea juga perlu menanggung tanggungjawab berikutan kemerosotan prestasi skuad mereka kebelakangan ini.

Everton
Pemain pertahanan, Leighton Baines mengaku Everton terdesak untuk mara dalam piala domestik musim ini serta menamatkan kemarau piala kelab itu.

Fulham
Pemain pertahanan Fulham, Stephen Kelly percaya pasukannya boleh berbangga dengan cara mereka mempertahankan tiga mata ketika bertemu Stoke.

Liverpool
Jose Enrique percaya prestasi di tempat sendiri dan keputusan ketika menentang pesaing paling rapat adalah kunci utama untuk Liverpool berjaya.

Manchester City
Carlos Tevez menuduh pengurus Manchester City, Roberto Mancini melayannya 'bagaikan anjing' ketika perlawanan menentang Bayern September lalu.

Manchester United
Juventus dilapor mahu berbelanja besar dalam pasaran musim panas nanti dan telah mengenalpasti pemain Manchester Utd, Nani sebagai sasaran.

Newcastle United
Mike Williamson yakin bahawa Newcastle mampu bersaing dengan skuad terbaik di England walaupun tewas secara keseluruhannya kepada Tottenham.

Norwich City
Penyerang Norwich, Grant Holt tidak merungut walaupun menjadi sasaran penyokong pihak lawan kerana ia bermakna dia melakukan tugas dengan baik.

Queens Park Rangers
Pemilik Queens Park Rangers, Tony Fernandes mahu para pemainnya memenuhi tanggungjawab mereka dan pastikan kelab itu kekal dalam Liga Premier.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis beri amaran kepada pemainnya bahawa mereka perlu meningkatkan permainan bila menentang Valencia dalam Liga Europa.

Sunderland
Pertahanan Sunderland, John O'Shea percaya pasukannya akan mendapat manfaat daripada jadual padat Arsenal bila mereka bertemu dalam Piala FA.

Swansea City
Nathan Dyer menggesa para pengadil supaya melindungi Swansea daripada pembuli di dalam Liga Premier, berikutan perlawanan menentang Norwich.

Tottenham
Jurgen Klinsmann mengaku dia gembira dengan peranannya sebagai pengurus Amerika Syarikat, berikutan laporan mengaitkannya dengan Tottenham.

West Brom
Jonas Olsson percaya adalah penting bagi West Brom mengekalkan khidmat pengurus, Roy Hodgson jika Baggies mahu menjadi kuasa kuat Liga Premier.

Wigan Athletic
Pertahanan Wigan, Emmerson Boyce berharap status kelab itu boleh ditentukan sebelum perlawanan terakhir musim ini, tidak seperti tahun lalu.

Wolverhampton
Pengerusi, Steve Morgan mengaku Wolves perlukan pengurus yang berkaliber seperti Alan Curbishley untuk menggantikan Mick McCarthy yang dipecat.

No comments:

Post a Comment