Arsenal
Penyerang Atalanta, Guido Marilungo mendedahkan bahawa Arsenal adalah destinasi pilihannya kerana kelab Inggeris itu mementingkan bakat muda.
Aston Villa
Darren Bent adalah antara tiga orang pemain Aston Villa yang terlebih umur yang sedang dipertimbangkan untuk skuad Olimpik oleh Stuart Pearce.
Blackburn
Steven Kean enggan putus asa dalam usaha Blackburn memujuk penyerang, Junior Hoilett supaya menandatangani kontrak jangka panjang di kelab itu.
Bolton
Pengurus, Owen Coyle yakin Bolton boleh mengubah situasi mereka dan kekal dalam liga walaupun prestasi pasukannya merosot kebelakangan ini.
Chelsea
Andre Villas-Boas mengaku tidak semua pemain Chelsea menyokong projeknya di situ, tetapi yakin dia masih mempunyai sokongan Roman Abramovich.
Everton
Pemain pinjaman Everton, Landon Donovan mengaku dia akan pertimbangkan tawaran untuk kembali ke kelab itu jika David Moyes masih mahukannya.
Fulham
Pemain tengah Fulham, Simon Davies mahu Cottagers mengekalkan momentum mereka dan mencapai sasaran menamatkan musim ini di 10 tempat teratas.
Liverpool
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini mengaku dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil penyerang Liverpool, Luis Suarez jika diberi peluang.
Manchester City
Sergio Aguero jaring golnya yang kedua di Eropah musim ini untuk Man City mendahului Porto dengan satu gol dalam pertemuan pertama di Portugal.
Manchester United
Ashley Young jaringkan golnya yang kedua di Eropah musim ini untuk Manchester Utd mendahului Ajax dengan dua gol selepas bermain di Amsterdam.
Newcastle United
Shola Ameobi menggesa pemain Newcastle United supaya bertenang sekiranya mereka mahu mengejar matlamat melayakkan diri ke Liga Juara-juara.
Norwich City
David McNally menegaskan bahawa Norwich City tidak akan memperjudikan masa depan kelab itu seperti yang berlaku kepada Rangers dan Portsmouth.
Queens Park Rangers
Penolong pengurus Queens Park Rangers, Mark Bowen jangka kem latihan mereka di Algarve akan membantu kelab itu kekal di dalam Liga Premier.
Stoke City
Mehmet Topal jaringkan golnya yang pertama di Eropah musim ini untuk Valencia mendahului Stoke dengan satu gol dalam pertemuan di Britannia.
Sunderland
Pengurus, Martin O'Neill umumkan bahawa Lee Cattermole akan diberi peluang membuktikan kecergasannya sebelum perlawanan Piala FA minggu ini.
Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers mengumumkan bahawa pemain tengah, Joe Allen telah berjaya pulih dan akan turun menentang Stoke City nanti.
Tottenham
Pengurus, Harry Redknapp akan pertimbangkan ide menguruskan pasukan England di Euro 2012 sambil mengekalkan jawatannya di Tottenham Hotspur.
West Brom
Liam Ridgewell berazam mengukuhkan kedudukannya dalam skuad utama West Brom setelah bertindak cemerlang ketika mereka membelasah Wolves 5-1.
Wigan Athletic
Roberto Martinez bimbang penyingkiran ke divisi bawah akan menyaksikan ramai bakat Wigan keluar dari kelab itu, bermula dengan Victor Moses.
Wolverhampton
Reading meremehkan spekulasi yang mengaitkan Brian McDermott dengan jawatan kosong di Wolves dan menegaskan bahawa tiada tawaran yang datang.
No comments:
Post a Comment