Tuesday, February 14, 2012

EPL

Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger bimbang mengenai kualiti padang San Siro menjelang perlawanan menentang AC Milan di dalam Liga Juara-juara.

Aston Villa
Pemain pertahanan, Carlos Cuellar tidak kisah diturunkan pada posisi yang berlainan jika ia membantu dia kekal dalam skuad utama Aston Villa.

Blackburn
Pemain Blackburn, Jason Lowe optimistik mengenai peluang mereka kekal di dalam Liga Premier, berikutan kemenangan ke atas pesaing rapat, QPR.

Bolton
Pemain tengah, Josh Vela menetapkan matlamat memecah masuk ke dalam skuad utama Bolton setelah melanjutkan kontraknya untuk 3 setengah tahun.

Chelsea
Pinto da Costa percaya Andre Villas-Boas sedang menghadapi kesukaran di Chelsea kerana Jose Mourinho masih berhubung dengan pemain kelab itu.

Everton
Everton telah mengikat kontrak empat setengah tahun dengan pemain tengah, Francisco Santos Da Silva, bergantung pada pelepasan antarabangsa.

Fulham
Pemain Fulham, Pavel Pogrebnyak meremehkan kecederaan yang dialaminya ketika menentang Stoke dan yakin dia akan pulih semula tidak lama lagi.

Liverpool
Pemain Liverpool, Martin Skrtel yakin The Reds boleh menjuarai Piala FA, Piala Carling dan menempah tiket ke Liga Juara-juara pada musim ini.

Manchester City
Cagliari dilapor kini mensasarkan pemain sayap muda milik Manchester City, Vladimir Weiss yang ketika ini dipinjamkan kepada kelab Espanyol.

Manchester United
Manchester Utd dan City dipercayai mahu mendapatkan khidmat pemain tengah Benfica, Javi Garcia yang cemerlang sejak berpindah dari Real Madrid.

Newcastle United
Penyerang Newcastle Utd, Demba Ba yakin pasukannya bakal menamatkan musim ini di empat tempat teratas dan menempah tempat ke Liga Juara-juara.

Norwich City
Paul Lambert mengaku dia mengutamakan perlawanan Liga Premier antara Norwich dengan Manchester United, menjelang pertemuan Piala FA minggu ini.

Queens Park Rangers
Penyerang QPR, DJ Campbell mengumumkan bahawa dia mungkin tidak dapat beraksi selama enam minggu kerana otot pahanya terkoyak ketika berlatih.

Stoke City
Pemain tengah Stoke, Glenn Whelan gembira dengan label skuad underdog dan percaya Potters boleh membuat kejutan bila mereka menentang Valencia.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill memuji James McClean yang dilapor akan menerima gaji tiga kali ganda lebih tinggi dalam kontrak barunya.

Swansea City
Scott Sinclair percaya tiada sebabnya untuk Swansea panik selepas tewas kepada Norwich dan berkata mereka hanya boleh terus maju ke hadapan.

Tottenham
Eden Hazard mengaku yang dia mungkin sertai Tottenham pada musim panas nanti, tetapi menegaskan bahawa belum ada sebarang perjanjian dicapai.

West Brom
Pemain West Brom, Jonas Olsson berharap Peter Odemwingie akan mencapai tahap terbaiknya berikutan hatrik yang dijaringkannya baru-baru ini.

Wigan Athletic
Penjaga gol Wigan, Ali Al Habsi akan menentang pasukan Latics dalam perlawanan persahabatan antara kelab itu dengan skuad kebangsaan Oman.

Wolverhampton
Alan Curbishley, Steve Bruce dan Neil Warnock dipercayai adalah calon utama untuk mengisi jawatan pengurus yang dikosongkan di Wolverhampton.

No comments:

Post a Comment