Arsenal
Zenit St Petersburg mahu mengambil Andrey Arshavin buat kali yang kedua dan telah memberitahu Arsenal tentang hasrat mereka untuk meminjamnya.
Aston Villa
Pemain pertahanan, Carlos Cuellar sanggup bermain pada mana-mana posisi sekiranya ia dapat mengekalkannya di dalam skuad utama Aston Villa.
Blackburn
Penyokong Blackburn telah melancarkan skim pelaburan baru dengan niat untuk membeli kelab itu daripada pihak Venky's, jika mendapat peluang.
Bolton
David Ngog menegaskan bahawa dia tiada masalah bermain sebagai penyerang tunggal dalam skuad Bolton kerana dia hanya mahu membantu pasukannya.
Chelsea
Andre Villas-Boas menepis spekulasi yang mengaitkannya dengan Inter Milan dan menegaskan komitmennya untuk membina skuad Chelsea yang berjaya.
Everton
Pemain Everton, Leighton Baines percaya pengalaman kelab itu di dalam Piala FA akan beri kelebihan kepada mereka di peringkat suku akhir nanti.
Fulham
Pemain baru Fulham, Jack Grimmer mengaku tidak mampu menolak peluang untuk berpindah ke Craven Cottage di dalam pasaran bulan Januari lalu.
Liverpool
Ajax telah nafikan bahawa kelab itu telah menjemput penyerang Liverpool, Luis Suarez untuk menyaksikan perlawanan mereka menentang Man Utd.
Manchester City
Pemain tengah Manchester City, Yaya Toure menegaskan kepentingan Liga Europa kepada kempen Man City, berikutan kemenangan ke atas FC Porto.
Manchester United
Pengurus, Sir Alex Ferguson umumkan bahawa Wayne Rooney akan terlepas perlawanan Liga Europa menentang Ajax kerana mengalami jangkitan tekak.
Newcastle United
Pemain Newcastle, Cheick Tiote telah melepaskan pingat tempat kedua dalam Piala Negera Afrika kerana dia tidak mahu mengingati kekecewaan itu.
Norwich City
Bekas penyerang Norwich City, Dion Dublin memuji sikap dan kemampuan pengurus, Paul Lambert yang telah ditunjukkannya ketika di Carrow Road.
Queens Park Rangers
QPR mengesahkan bahawa penyerang, Petros Skapetis telah menyertai kelab itu daripada South Melbourne setelah menandatangani kontrak 18 bulan.
Stoke City
Cameron Jerome percaya dengan pemikiran yang betul, Stoke City mampu untuk bangun semula dalam pertemua kedua Liga Europa menentang Valencia.
Sunderland
Pengurus Al- Ain, Cosmin Olaroiu yakin Asamoah Gyan yang dipinjam dari Sunderland, akan menjadi hak milik penuh kelab itu pada musim panas.
Swansea City
Pemain tengah Swansea, Josh McEachran percaya masih banyak yang boleh ditawarkannya sebaik sahaja dia berjaya mencapai kecerasan 100 peratus.
Tottenham
Penyerang, Jermain Defoe yakin Tottenham boleh menewaskan Arsenal sebanyak dua kali dalam satu musim buat kali pertama sejak 20 tahun lalu.
West Brom
Roy Hodgson tidak akan membenarkan Craig Dawson dipinjamkan kepada kelab lain kerana dia kini sebahagian daripada rancangan skuad West Brom.
Wigan Athletic
Pengurus, Roberto Martinez percaya Franco Di Santo adalah pemain yang akan selamatkan Wigan, walaupun dia hanya jaringkan 4 gol pada musim ini.
Wolverhampton
Pengurus Reading, Brian McDermott nafi yang dia telah mengadakan rundingan dengan Wolves sebelum mengikat kontrak baru selama 3 setengah tahun.
No comments:
Post a Comment