Wednesday, February 15, 2012

EPL

Arsenal
Kevin-Prince Boateng jaringkan golnya yang ke-3 dalam Liga Juara-juara untuk Milan mendahului Arsenal dengan 4 gol dalam pertemuan di San Siro.

Aston Villa
Pemain tengah Aston Villa, Barry Bannan terdesak untuk membuktikan dirinya kepada Alex McLeish dan kembali ke dalam kesebelasan utama mereka.

Blackburn
Penyerang, Ruben Rochina sedang bekerja keras untuk kembali ke dalam pasukan utama Blackburn dan mengaku dia mahu berganding dengan Yakubu.

Bolton
Sammy Lee berkata dia kembali ke Bolton kerana ada tugas yang belum diselesaikannya dan dia faham mengapa kelab itu memecatnya sebelum ini.

Chelsea
Thibaut Courtois yang berada di Atletico mengaku yang dia mahu dipinjamkan kepada kelab Inggeris terlebih dahulu sebelum kembali ke Chelsea.

Everton
Francisco Junior mengaku yang dia sanggup menerima cabaran untuk cuba memecah masuk ke dalam skuad utama dan memenangi hati penyokong Everton.

Fulham
Lasse Vigen Christensen yang berpindah ke Craven Cottage pada bulan lalu, mendedahkan bahawa Arsenal telah cuba mengambilnya dua tahun lalu.

Liverpool
Pengurus Ajax, Frank de Boer yang pernah bekerja dengan Luis Suarez di Belanda mengaku penyerang Liverpool itu kerap melakukan perkara bodoh.

Manchester City
Roberto Mancini menafikan yang dia melayan Carlos Tevez bagaikan 'seekor anjing', tetapi mengaku dia mungkin terlalu memanjakan pemain itu.

Manchester United
Sir Alex Ferguson mungkin menawarkan kontrak satu tahun kepada Paul Scholes, tetapi mendakwa dia tiada peluang kembali ke dalam skuad England.

Newcastle United
Danny Guthrie ramal dia akan kekal dalam skuad Newcastle bila mereka menentang Wolves, walaupun Yohan Cabaye dan Cheick Tiote sudah kembali.

Norwich City
Pemain Norwich, Andrew Surman percaya bermain dalam Liga Premier telah membantu dia menghasilkan persembahan terbaik sepanjang kerjayanya.

Queens Park Rangers
Jamie Mackie berpendapat bahawa dia boleh menjadi pemain sasa yang Mark Hughes perlukan, berikutan kenyataan pengurus itu pada hujung minggu.

Stoke City
Tony Pulis berkata penipuan telah menjadi perkara biasa di England dan pengurus Stoke itu percaya ia bermula daripada liga Eropah yang lain.

Sunderland
Penyerang Sunderland, Stephane Sessegnon percaya pasangan tengah, Jack Colback serta Craig Gardener boleh menjadi pemain tetap skuad utama.

Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers sedar yang Stephen Dobbie kecewa jarang bermain, tetapi pemain itu tidak akan dipinjamkan kepada kelab lain.

Tottenham
Pemain tengah Tottenham, Tom Huddlestone dijangka tidak lagi dapat bermain dalam musim ini kerana dia perlu menjalani pembedahan minggu ini.

West Brom
Keith Andrews berkata dia telah menyesuaikan diri di West Brom dan jika diberikan peluang, dia mahu kekal di situ untuk jangka masa panjang.

Wigan Athletic
Shaun Maloney percaya Wigan boleh tewaskan Villa dan Swansea jika mereka mendekati perlawanan itu seperti ketika mereka turun menentang Bolton.

Wolverhampton
Agen Alan Curbishley mendakwa bahawa bekas pengurus itu berminat dengan jawatan kosong di Wolves, selepas 3 tahun tidak duduk di tepi padang.

No comments:

Post a Comment