Friday, March 2, 2012

Serie A

AC Milan
Adriano Galliani nafikan yang Milan bakal menawarkan kontrak baru kepada Ibrahimovic kerana perjanjian sekarang hanya akan tamat dua tahun lagi.

AS Roma
Walter Sabatini percaya peluang untuk AS Roma menamatkan musim ini di tempat tiga teratas bergantung pada perlawanan minggu ini menentang Lazio.

Atalanta
Atalanta mahu mengutip mata bua kali kelima berturut-turut bila menentang Udinese yang mempunyai rekod terbaik ketika bermain di tempat sendiri.

Bologna
Bologna mahu mengutip mata buat kali ke-4 dari 5 perlawanan bila menentang Novara yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali yang ke-10.

Cagliari
Cagliari mahu mengutip mata buat kali keempat dari lima perlawanan bila bertemu Siena yang masih belum berjaya menang di tempat lawan musim ini.

Catania
Pemain tengah, Felipe Seymour mengumumkan bahawa Catania akan menentang Inter tanpa rasa gentar dan dengan niat untuk mendapatkan mata penting.

Cesena
Cesena tidak mahu tewas buat kali keempat berturut-turut bila menentang Fiorentina yang mahu menang di tempat sendiri buat kali yang ketujuh.

Chievo
Pengurus Chievo, Domenico Di Carlo berjanji akan beri tentangan kepada Juventus dan enggan gunakan pemain yang tiada dalam skuad sebagai alasan.

Fiorentina
Fiorentina tidak mahu tewas buat kali keempat berturut-turut bila menentang Cesena yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang ketiga.

Genoa
Genoa mahu mengutip mata buat kali kedua dari lima perlawanan bila bertemu Lecce yang mahu menang di tempat sendiri buat kali yang ketiga.

Inter Milan
Kapten, Javier Zanetti mengaku kini segalanya bergantung kepada pemain veteran Inter untuk mengheret kelab itu keluar daripada krisis musim ini.

Juventus
Antonio Conte percaya skuadnya kini mula kelihatan seperti Juventus zaman dahulu, tetapi mengaku AC Milan berkelebihan sebagai sebuah pasukan.

Lazio
Direktor sukan, Igli Tare agak bimbang untuk menghadapi penyerang Roma, Fabio Borini yang pernah menjadi sasaran Lazio pada musim panas lalu.

Lecce
Lecce mahu menang buat kali ke-3 berturut-turut bila mereka menentang pasukan Genoa yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali yang ke-10.

Napoli
Bintang Napoli, Edinson Cavani menegaskan bahawa dia bermain bukan untuk wang kerana perkara paling penting baginya adalah memori yang indah.

Novara
Novara mahu menang buat kali kedua dari lima perlawanan bila menentang Bologna yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali yang ketujuh.

Palermo
Kapten Palermo, Fabrizio Miccoli mengaku bahawa dia berkemungkinan tidak akan ke Euro 2012 kerana Cesare Prandelli tidak memerlukan khidmatnya.

Parma
Pengurus, Roberto Donadoni berkata dia tidak menyesal menyertai Napoli, menjelang kunjungan pasukan Azzurri ke Parma pada hujung minggu ini.

Siena
Siena mahu mengutip mata buat kali ketiga dari lima perlawanan bila mereka menentang Cagliari yang telah mencicirkan 23 mata di tempat sendiri.

Udinese
Liverpool dan Manchester United dilapor telah mensasarkan pemain Udinese, Mehdi Benatia yang telah memulakan 19 perlawanan pada musim ini.

No comments:

Post a Comment