Arsenal
Arsenal dilapor sedang mendahului perebutan untuk mendapatkan pemain Blackburn, Steven N'Zonzi yang dijangka akan keluar pada musim panas.
Aston Villa
Alex McLeish membidas dakwaan peminat Villa bahawa dia menggunakan taktik negatif, dan mengaku akan bertindak aktif dalam pasaran musim panas.
Blackburn
Arsenal dilapor sedang mendahului perebutan untuk mendapatkan pemain Blackburn, Steven N'Zonzi yang dijangka akan keluar pada musim panas.
Bolton
Pengurus, Owen Coyle yakin Bolton boleh mengelakkan penyingkiran dari Liga Premier dan tidak sabar untuk membuktikan pengkritik kelabnya salah.
Chelsea
Andre Villas-Boas tidak menyesal mendedahkan yang dia mungkin dipecat dan mengaku masa depannya kini bergantung kepada keputusan perlawanan.
Everton
Pengurus Everton, David Moyes mengesahkan bahawa Farron Gibson tidak dapat beraksi untuk suatu jangka masa kerana mengalami kecederaan lutut.
Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol berkata kebolehan Mahamadou Diarra tidak pernah dipertikaikan, walaupun dia tiada kelab sejak musim panas lalu.
Liverpool
Kenny Dalglish harap pemain Liverpool yang dibawa masuk pada musim panas lalu telah mendapat suntikan semangat selepas menjulang Piala Carling.
Manchester City
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini berpendapat bahawa perlawanan menentang United pada bulan April mungkin menentukan juara musim ini.
Manchester United
Pemain tengah, Michael Carrick berkata dia gembira menerima tanggungjawab tambahan sebagai antara pemain berpengalaman di Manchester United.
Newcastle United
Alan Pardew beri amaran kepada pemain Newcastle supaya jangan berharap dapat mengulangi kemenangan 5-1 ke atas Sunderland pada hari Ahad ini.
Norwich City
Pengurus, Paul Lambert tidak peduli sama ada Grant Holt akan dipanggil menyertai skuad England - selagi dia menjaringkan gol untuk Norwich.
Queens Park Rangers
Pengurus, Mark Hughes mahu QPR berhenti mensabotaj diri sendiri dengan memastikan mereka sentiasa mempunyai 11 orang pemain di atas padang.
Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis percaya Norwich akan menekan pasukannya sepanjang perlawanan dan tidak mahu penyokong mengharapkan kemenangan mudah.
Sunderland
Stephane Sessegnon belum tiba di Sunderland daripada tugasnya di peringkat antarabangsa ketika kelabnya membuat persediaa untuk derbi Tyne-Wear.
Swansea City
Joe Allen menegaskan bahawa dia tidak akan menunjukkan sentimen bila Swansea menentang pengurus lamanya, Roberto Martinez serta skuad Wigan.
Tottenham
Harry Redknapp berkeras bahawa Gareth Bale bukan sengaja menjatuhkan diri, tetapi ia kerap berlaku kerana dia seri menjadi sasaran pemain lawan.
West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson tidak terkejut dengan tekanan yang dirasai oleh Andre Villas-Boas kerana Abramovich kerap memecat pengurus.
Wigan Athletic
Roberto Martinez mengaku Wigan perlu anggap setiap perlawanan di tempat sendiri sebagai wajib menang, jika mereka tidak mahu turun divisi.
Wolverhampton
Jamie O'Hara mendedahkan bahawa dia memerlukan suntikan anti-kesakitan untuk terus bermain sementara dia cuba pulih daripada dua pembedahan.
No comments:
Post a Comment