Athletic Bilbao
Andoni Iraola percaya Bilbao perlu bertahan bila menentang Schalke, tetapi tegaskan bahawa mereka mahu menang, bukan sekadar menjaringkan gol.
Atletico Madrid
Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone mengalukan kepulangan Tiago Mendes dan Diego kerana mereka menambah pilihan di bahagian tengah skuad.
Barcelona
Pemain AC Milan gagal ambil kesempatan penuh bermain di San Siro setelah hanya mampu seri dalam pertemuan pertama mereka menentang Barcelona.
Espanyol
Pengurus Espanyol, Pochettino jamin Javi Marquez akan mendapat peluang bermain dan menegaskan bahawa pasukan lebih penting daripada individu.
Getafe
Pemain Getafe, Juan Valera gesa rakan sepasukannya untuk ambil kesempatan ke atas komitmen Atletico di Eropah dengan memaksa mereka berlari.
Granada
Granada berada di tempat ke-14 dalam carta Fair Play dengan 99 mata penalti setelah mengumpulkan 85 kad kuning dan 7 kad merah pada musim ini.
Levante
Pemain tengah, Jose Javier Barkero percaya Valencia akan menghadapi tekanan tambahan minggu ini dan mahu Levante mempergunakan kesempatan itu.
Malaga
Penjaga gol Malaga, Willy Caballero telah menjalani pembedahan pada tulang tangan kirinya yang retak dan tidak dapat beraksi selama 15 hari.
Osasuna
Presiden Osasuna, Patxi Izco membidas pendahulu liga, Real Madrid dan Barcelona kerana merungut mengenai keputusan pengadil baru-baru ini.
Racing Santander
Racing berada di tempat ke-15 dalam carta Fair Play dengan 102 mata penalti setelah mengumpulkan 88 kad kuning dan 7 kad merah pada musim ini.
Rayo Vallecano
Pemain pertahanan Rayo, Mikel Labaka gembira dengan persaingan dalam pasukan kerana ia memaksa mereka bermain di tahap terbaik semasa latihan.
Real Betis
Roque Santa Cruz menyesal hanya mendapat dua mata selepas menentang Espanyol dan Racing, terutamanya kerana Betis telah bermain dengan baik.
Real Madrid
Walaupun Jose Mourinho dijangka tidak akan berpindah pada musim panas ini, pengurus Real Madrid tidak menolak kemungkinan kembali ke Inter.
Real Mallorca
Michael Pereira gesa Mallorca membuktikan bahawa mereka telah belajar daripada kesilapan musim lalu dengan memastikan status dengan lebih awal.
Real Sociedad
Pengurus Real Sociedad, Philippe Montanier percaya kadang-kala pemain perlu bersantai selepas perlawanan teruk atau mereka akan menjadi murung.
Real Zaragoza
Pengurus Zaragoza, Manolo Jimenez percaya kini skuadnya ada 50-50 peluang untuk selamat, tetapi tidak mahu skuadnya berasa terlalu gembira.
Sevilla
Pengurus, Michel percaya perasaan tidak puas hati di Sevilla adalah bagus kerana ia menunjukkan mereka mahu bermain di Eropah setiap tahun.
Sporting Gijon
Pengurus Sporting Gijon, Javier Clemente berkata dia hanya fokus pada pemain yang ada kerana selain daripada itu hanya akah membuang masanya.
Valencia
Pemain tengah Valencia, Pablo Hernandez optimistik mengenai peluang mereka bila bertemu AZ, walaupun mengaku sesiapa pun boleh memenanginya.
Villarreal
Agen Cristian Zapata enggan menolak kemungkinan dia berpindah ke Napoli setelah mengakui bahawa ini adalah musim yang mencabar bagi Villarreal.
No comments:
Post a Comment