Tuesday, March 27, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Javi Martinez percaya Bilbao perlu buktikan diri ketika menentang Schalke bahawa kejayaan menewaskan Manchester United bukanlah kebetulan.

Atletico Madrid
Pemain sayap Atletico, Juanfran Torres mengaku bahawa pasukannya sedih selepas menentang Zaragoza, tetapi enggan gunakan lesu sebagai alasan.

Barcelona
Bologna disahkan telah menghubungi Barcelona mengenai pemain pertahanan muda, Carles Planas, akan tetapi mereka belum mencapai perjanjian.

Espanyol
Pemain tengah Espanyol, Javi Marquez menegaskan bahawa dia tidak mahu keluar dan berazam untuk merampas tempatnya dengan menabur kerja keras.

Getafe
Pemain pertahanan Getafe, Alexis percaya skuadnya boleh mula berfikir mengenai Eropah jika mereka boleh menewaskan Atletico hujung minggu ini.

Granada
Pengurus Granada, Abel Resino percaya hanya gol yang membezakan pasukannya dengan Sevilla dan yakin dapat mengelakkan penyingkiran divisi.

Levante
Levante berada di tempat ke-10 dalam carta Fair Play dengan 98 mata penalti setelah menerima 90 kad kuning dan 4 kad merah pada musim ini.

Malaga
Penjaga gol, Carlos Kameni gembira membuat kemunculan pertama untuk Malaga dan mengaku dia tidak sangka akan menentang kelab lamanya, Espanyol.

Osasuna
Penyerang Osasuna, Kike Sola menegaskan bahawa pasukannya tidak gentar dengan Real Madrid yang perlu ditewaskan jika mereka mahu ke Eropah.

Racing Santander
Pemain tengah, Edu Bedia berkata adalah penting bagi Racing memulakan perlawanan dengan baik dan menjaringkan gol awal bila menentang Granada.

Rayo Vallecano
Penjaga gol Rayo, Joel Robles gembira dengan jumlah minit yang diberikan kepadanya sejak Januari kerana ia membantu meningkatkan prestasinya.

Real Betis
Penyerang Betis, Jorge Molina umumkan bahawa pasukannya berazam untuk mengubah situasi mereka dan memastikan status La Liga secepat mungkin.

Real Madrid
Karim Benzema jaringkan golnya yang ketujuh dalam Liga Juara-juara untuk Real Madrid mendahului APOEL dalam perlawanan di Stadium Neo GSP.

Real Mallorca
Pemain tengah Real Mallorca, Josep Lluis Marti mahu pasukannya menang dalam dua perlawanan seterusnya bagi memastikan status dalam liga ini.

Real Sociedad
Penjaga gol Zaragoza, Claudio Bravo masih marah kerana tewas teruk kepada Real Madrid dan mahu skuadnya menebus segalanya dengan menewas Rayo.

Real Zaragoza
Penyerang Real Zaragoza, Luis Garcia menegaskan bahawa walau apa pun yang berlaku skuadnya akan tetap berjuang untuk terus kekal dalam La Liga.

Sevilla
Pengurus Sevilla, Michel tidak menolak kemungkinan menamatkan musim ini dengan tiket Eropah, berikutan dua kemenangan berturut-turut mereka.

Sporting Gijon
Pemain sayap kanan Sporting Gijon, Formose Mendy mungkin tidak dapat turun menentang Real Zaragoza setelah menghalami masalah otot paha kiri.

Valencia
Agen Jordi Alba mengesahkan bahawa pihak Napoli, AC Milan, Manchester City dan Barcelona sedang memerhatikan situasi pemain itu di Valencia.

Villarreal
Presiden Fernando Roig akui Villarreal jarang bertukar pengurus sebanyak dua kali setahun, tetapi kali ini keputusan itu tidak dapat dielakkan.

No comments:

Post a Comment