Tuesday, March 13, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Ander Herrera berkata Bilbao tidak boleh bergantung kepada kelebihan gol sebelum ini dan harus menewaskan Man Utd dalam pertemuan kedua mereka.

Atletico Madrid
Pertahanan, Diego Godin percaya Atletico Madrid akan melakukan kesilapan jika mereka cuba mensasarkan keputusan seri tanpa gol dengan Besiktas.

Barcelona
Pengurus Barcelona, Pep Guardiola sedang menyediakan tawaran bernilai GBP12 juta untuk pemain pertahanan Manchester City, Aleksandar Kolarov.

Espanyol
Direktor sukan Espanyol, Ramon Planes mengaku berminat untuk mengekalkan pemain milik Inter, Philippe Coutinho di kelab itu pada musim hadapan.

Getafe
Luis Garcia gembira dengan kemenangan penting ke atas Villarreal dan berkata ia adalah langkah besar untuk mencapai matlamat pertama Getafe.

Granada
Granada berwaspada menguruskan pemulihan Fran Rico dan Ikechukwu Uche bagi memastikan kedua-dua pemain itu boleh turun menentang Sporting.

Levante
Pemain tengah Levante, Jose Javier Barkero mungkin tidak dapat beraksi hujung minggu ini setelah mengalami kecederaan lutut dan kejang otot.

Malaga
Malaga sedang menilai tiga pemain skuad simpanan, Jose Maria Parejo, Gonzalo Poley dan Ivan Aguilar menjelang perlawanan menentang Real Madrid.

Osasuna
Pihak Osasuna mendedahkan bahawa pipi kapten pasukan mereka, Andoni Iraola berdarah sedikit setelah terkena objek yang dibaling oleh penonton.

Racing Santander
Racing berada di tempat ke-12 dalam carta Fairplay dengan 87 mata penalti setelah mengumpulkan 77 kad kuning dan 5 kad merah pada musim ini.

Rayo Vallecano
Rayo Vallecano kembali menjalani latihan tanpa penyerang, Francisco Medina yang mengalami masalah otot selepas perlawanan menentang Espanyol.

Real Betis
Pemain pertahanan Betis, Antonio Amaya mungkin dapat kembali beraksi pada hujung minggu setelah menjalani pemulihan selama dua bulan setengah.

Real Madrid
Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi mengenai perpindahannya ke Milan setelah menegaskan yang dia gembira di Real Madrid.

Real Mallorca
Pengurus Real Mallorca, Joaquin Caparros berharap pemain tengah, Fernando Tissone boleh kembali beraksi menentang Atletico hujung minggu ini.

Real Sociedad
Penyerang Real Sociedad, Joseba Llorente yakin pasukannya boleh kekal dalam La Liga dan percaya mereka boleh menetapkan sasaran lebih tinggi.

Real Zaragoza
Pemain Zaragoza, Pablo Alvarez mendakwa bahawa pasukannya teruja untuk menentang Osasuna, tetapi mengaku mereka tidak boleh membuat kesilapan.

Sevilla
Jose Maria del Nido mengaku bahawa kekalahan kepada Sporting Gijon adalah sentakan paling besar diterimanya sejak dia menjadi presiden Sevilla.

Sporting Gijon
Direktor sukan Sporting Gijon, Emilio de Dios telah meletakkan jawatannya kerana waktunya di situ telah sampai di penghujung selepas 6 tahun.

Valencia
David Albelda tidak menolak kemungkinan isu psikologi telah mempengaruhi 2 keputusan Valencia sebelum ini dan mereka sedang cuba mengatasinya.

Villarreal
Pemain tengah, Borja Valero yakin 100 peratus Villarreal tidak akan turun divisi, tetapi mengaku perlu ada perubahan pada dinamik pasukannya.

No comments:

Post a Comment