Monday, March 5, 2012

Serie A

AC Milan
Alberto Aquilani yang sudah beberapa minggu tidak beraksi, telah disenaraikan ke dalam skuad AC Milan yang akan menentang Arsenal di Eropah.

AS Roma
Direktor Roma, Franco Baldini menegaskan bahawa projek kelab itu tidak terjejas, walaupun selepas mereka mengalami kekecewaan di tangan Lazio.

Atalanta
Stefano Colantuono puas hati seri dengan Udinese dan berkata Atalanta telah mendapatkan mata itu dengan keras keras dan bermain dengan kompak.

Bologna
Manchester City dilapor akan membuat tawaran pada musim panas untuk pemain tengah Bologna, Gaston Ramirez yang dianggarkan bernilai EUR15 juta.

Cagliari
Davide Ballardini mengaku Cagliari terlalu lambat menyerang balas ketika bertemu Siena, dan mengaku bimbang mereka akan diheret ke dasar liga.

Catania
Vincenzo Montella kesal kerana Catania mensia-siakan kelebihan 2 gol setelah bermain dengan sempurna selama 75 minit ketika menentang Inter.

Cesena
Pengurus Cesena, Mario Beretta berkata dia gugurkan Adrian Mutu daripada skuad yang menentang Fiorentina kerana pemain itu tidak cukup cergas.

Chievo
Marseille dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang dari Perancis, Cyril Thereau, berikutan prestasinya untuk Chievo baru-baru ini.

Fiorentina
Agen Riccardo Montolivo menegaskan bahawa pemain itu bakal meninggalkan Fiorentina pada hujung musim ini bukan kerana sebab-sebab kewangan.

Genoa
Berita baik untuk Genoa kerana penyerang, Alberto Gilardino dijangka akan kembali menjalani latihan, menjelang perlawanan menentang Juventus.

Inter Milan
Javier Zanetti mengaku Julio Cesar yang telah menaikkan semangat Inter pada waktu rehat, dan mempertahankan Cambiasso yang dicemuh penyokong.

Juventus
Juventus akan turun menentang Bologna tanpa khidmat Andrea Barzagli serta Giorgio Chiellini setelah kedua-duanya cedera ketika bertemu Chievo.

Lazio
Pengurus Lazio, Edy Reja mengaku kini mahu kekal di kelab itu untuk jangka masa yang panjang, selepas cuba meletakkan jawatan pada bulan lalu.

Lecce
Pengurus Lecce, Serse Cosmi menuduh Carmine Russo tidak layak untuk Serie A kerana pengadil itu tidak melayangkan kad merah kepada Juraj Kucka.

Napoli
Marek Hamsik meramalkan masa depan yang cerah di Paris St-Germain, akan tetapi pemain Napoli itu nafi yang dia telah dihubungi oleh kelab itu.

Novara
Pengurus Novara, Emiliano Mondonico tidak puas hati tewas kepada Bologna, tetapi dia masih yakin pasukannya mampu mengelakkan penyingkiran.

Palermo
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini malu dengan kekalahan kepada AC Milan dan menuduh para pemainnya beraksi seperti pasukan dari Serie C.

Parma
Sebastian Giovinco yang dikongsi oleh Juventus dan Parma, mungkin memilih pihak ketiga dengan menyertai kelab Valencia pada musim panas nanti.

Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino gembira dengan kemenangan ke atas Cagliari dan berkata pasukannya masih mengawal nasib mereka dalam musim ini.

Udinese
Pengurus Udinese, Francesco Guidolin menamatkan spekulasi mengenai perpindahannya ke kelab besar kerana dia mempunyai kerja impiannya di situ.

No comments:

Post a Comment