Tuesday, March 27, 2012

EPL

Arsenal
Mikel Arteta mendakwa bahawa Arsenal kini mempunyai semangat berpasukan yang tidak boleh dipatahkan setelah membuktikannya sepanjang musim ini.

Aston Villa
Carlos Cuellar kesal dengan kesilapan individu baru-baru ini, tetapi sedar Aston Villa perlu mengekalkan keyakinan bagi menghadapi Chelsea.

Blackburn
Penjaga gol, Paul Robinson yakin Blackburn berada pada kedudukan yang baik untuk mengelakkan penyingkiran walaupun selepas tewas kepada Bolton.

Bolton
Tottenham akan menentang Chelsea dalam separuh akhir Piala FA setelah berjaya menyingkirkan Bolton hasil jaringan Nelsen, Bale serta Saha.

Chelsea
Salomon Kalou jaringkan golnya yang kedua dalam Liga Juara-juara untuk Chelsea mendahului Benfica dalam pertemuan mereka di Estadio da Luz.

Everton
Everton akan menentang skuad Liverpool dalam separuh akhir Piala FA setelah Jelavic berjaya menjaringkan gol untuk menyingkirkan Sunderland.

Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol mencabar pemainnya yang akan tamat kontrak untuk menunjukkan kekuatan mental bagi mengikat perjanjian baru di situ.

Liverpool
Liverpool mengesahkan minat mereka terhadap penyerang, Jackson Martinez walaupun kelabnya, Jaguares telah membuat perjanjian dengan Porto.

Manchester City
Penyerang Man City, Mario Balotelli membuat kemunculan dalam sidang akhbar Inter Milan ketika kelab itu memperkenalkan Andrea Stramaccioni.

Manchester United
Penyerang Manchester United, Michael Owen yakin dia boleh bermain di tahap tertinggi untuk dua tahun lagi, walaupun dihantui oleh kecederaan.

Newcastle United
Pengurus Newcastle United, Alan Pardew berharap keserbabolehan para pemainnya akan membantu mereka menghadapi penghujung musim yang menarik.

Norwich City
Penyerang Norwich, Grant Holtis masih berharap untuk mendapatkan kep England buat kali yang pertama sebelum kejuaraan Eropah pada tahun ini.

Queens Park Rangers
Agen Bobby Zamora nafikan bahawa penyerang itu tidak gembira di QPR, berikutan laporan mengatakan dia telah mengkritik pusat latihan kelab itu.

Stoke City
Penolong pengurus Stoke, Dave Kemp mendedahkan bahawa Ricardo Fuller bakal diturunkan menentang Wigan setelah selesai digantung 3 perlawanan.

Sunderland
Everton akan menentang skuad Liverpool dalam separuh akhir Piala FA setelah Jelavic berjaya menjaringkan gol untuk menyingkirkan Sunderland.

Swansea City
Leon Britton mendedahkan bahawa dia telah membuat perjanjian lisan mengenai kontrak 3 tahun dan berharap dapat menutup kerjayanya di Swansea.

Tottenham
Tottenham akan menentang Chelsea dalam separuh akhir Piala FA setelah berjaya menyingkirkan Bolton hasil jaringan Nelsen, Bale serta Saha.

West Brom
Ben Foster berharap keputusan sama ada dia akan kembali semula ke Birmingham atau dijual kepada West Brom dapat dibuat dengan lebih cepat.

Wigan Athletic
Victor Moses telah diberikan lampu hijau untuk kembali ke dalam skuad Wigan menentang Stoke setelah kecederaan mukanya didapati tidak serius.

Wolverhampton
Karl Henry mengumumkan bahawa dia sudah pulih dan memberi amaran kepada skuad Wolves supaya menewaskan Bolton jika tidak mahu turun divisi.

No comments:

Post a Comment