Friday, March 16, 2012

Serie A

AC Milan
Massimiliano Allegri laluan ke peringkat akhir Liga Juara-juara akan menjadi mudah jika Milan boleh tewaskan Barcelona di peringkat suku akhir.

AS Roma
Pemain tengah AS Roma, Miralem Pjanic berharap dapat memainkan peranan yang sama seperti pemain skuad Sepanyol, Xavi di dalam skuad Barcelona.

Atalanta
Atalanta mahu mengutip mata buat kali ketujuh berturut-turut bila menentang Inter yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali keenam.

Bologna
Pemain tengah Bologna, Rene Krhin sanggup menantikan gilirannya untuk menyinar setelah mengaku amat perit tidak dapat beraksi selama 5 bulan.

Cagliari
Laporan dari Rusia mendakwa pemain Cagliari, Radja Nainggolan telah mengumumkan perpindahannya ke Zenit St Petersburg pada hujung musim ini.

Catania
Pietro Lo Monaco gembira dengan kedudukan Catania dan berkata Juan Pablo Carrioz telah membuktikan dirinya sebagai penjaga gol yang bagus.

Cesena
Cesena tidak mahu tewas buat kali keempat dari lima perlawanan bila menentang Cagliari yang mahu menang di tempat sendiri buat kali kelima.

Chievo
Chievo mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Bologna yang telah mencicirkan 24 mata di tempat sendiri musim ini.

Fiorentina
Penyerang, Amauri mengaku akan meraikan gol yang dijaringkannya bila Fiorentina menentang Juventus berikutan pengalaman buruk ketika di sana.

Genoa
Genoa mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila menentang AS Roma yang mahu menang di tempat sendiri buat kali yang kelapan.

Inter Milan
Adriano Galliani telah menafikan laporan yang mengaitkan Milan dengan pemain Inter, Wesley Sneijder kerana mereka tidak perlukan pemain tengah.

Juventus
Juventus tetap akan menurunkan Leonardo Bonucci dan Arturo Vidal walaupun kedua-duanya dituduh terlibat dalam insiden kelab malam minggu lalu.

Lazio
Lukas Podolski mencadangkan bahawa dia mungkin menyertai Lazio pada hujung musim ini untuk berganding semula dengan rakannya, Miroslav Klose.

Lecce
Lecce mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Palermo yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali yang ke-10.

Napoli
Pengurus Brescia, Alessandro Calori berkata Omar El Kaddouri masih perlu membuat kemajuan, tetapi percaya dia akan berjaya jika sertai Napoli.

Novara
Novara mahu menang buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Siena yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali yang kelima.

Palermo
Pemain pertahanan, Eros Pisano berjanji Palermo akan berjuang untuk menewaskan Lecce kerana pemain skuad itu juga sudah jelak dengan kekalahan.

Parma
Parma mahu mengutip mata buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang AC Milan yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang ke-10.

Siena
Siena mahu menang buat kali keempat berturut-turut bila mereka menentang Novara yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali yang ke-11.

Udinese
Antonio Floro Flores kesal buat kali yang keduanya Udinese tersingkir dari Liga Europa di Friuli, tetapi berazam menyertainya pada musim depan.

No comments:

Post a Comment