AC Milan
Pemain AC Milan gagal ambil kesempatan penuh bermain di San Siro setelah hanya mampu seri dalam pertemuan pertama mereka menentang Barcelona.
AS Roma
Rodrigo Taddei mahu kekal bersama AS Roma sehingga penghujung kerjayanya sebagai pemain dan menjadi jurulatih skuad remaja selepas bersara.
Atalanta
Direktor Atalanta, Pierpaolo Marino menegaskan bahawa Federico Peluso dan Manolo Gabbiadini kini menjadi perhatian kelab utama dalam Serie A.
Bologna
Presiden Bologna, Albano Guaraldi dilapor telah tolak tawaran bernilai EUR18 juta daripada Alfredo Cazzola yang mahu membeli semula kelab itu.
Cagliari
Agen Davide Astori akui tiada perkembangan mengenai masa depan pemain itu kerana Massimo Cellino hanya fokus pada usaha menyelamatkan Cagliari.
Catania
Direktor Catania, Pietro Lo Monaco dilapor sedang menuju ke Chile untuk membuka rundingan bagi Matias Nicolas Rodriguez dan Francisco Pizarro.
Cesena
Pengurus Bari, Vincenzo Torrente berbesar hati setelah dikaitkan dengan Cesena, tetapi dia menegaskan bahawa kelab itu belum menghubunginya.
Chievo
Berita buruk untuk pengurus Chievo, Domenico Di Carlo kerana Davide Moscardelli tidak dapat beraksi selama dua bulan setelah tendon putus.
Fiorentina
Direktor Juventus telah kenalpasti penyerang Fiorentina, Stevan Jovetic sebagai sasaran pada musim panas bagi menggantika Alessandro Del Piero.
Genoa
Genoa dilapor sedang mempertimbangkan tawaran untuk Aleandro Rosi, tetapi tidak mudah untuk mengambilnya kerana dia sering digunakan oleh Roma.
Inter Milan
Walaupun Jose Mourinho dijangka tidak akan berpindah pada musim panas ini, pengurus Real Madrid tidak menolak kemungkinan kembali ke Inter.
Juventus
Direktor Juventus telah kenalpasti penyerang Fiorentina, Stevan Jovetic sebagai sasaran pada musim panas bagi menggantika Alessandro Del Piero.
Lazio
Lazio dilapor sedang mendahului persaingan untuk mendapatkan pemain Lyon, Ederson dan dijangka akan menyerahkan tawaran pada minggu hadapan.
Lecce
Agen Luis Fernando Muriel menolak kemungkinan penyerang Lecce itu menyertai Arsenal pada musim panas dan berkata ia hanyalah khabar angin.
Napoli
Agen Cristian Zapata enggan menolak kemungkinan dia berpindah ke Napoli setelah mengakui bahawa ini adalah musim yang mencabar bagi Villarreal.
Novara
Andrea Mazzarani berkata Novara sedang bekerja keras kerana mereka percaya kepada keajaiban dan akan berjuang untuk terus kekal dalam liga.
Palermo
Penjaga gol, Emiliano Viviano gembira berada di Palermo kerana tidak banyak tekanan, tetapi mengaku bahawa Inter yang mengawal masa depannya.
Parma
Presiden, Tommaso Ghirardi berkata Parma telah mengikat perjanjian untuk mengambil bakat baru Eropah, Sotiris Ninis pada hujung musim ini.
Siena
Pemain tengah Siena, Gaetano D'Agostino telah kembali menjalani latihan, sementara Angelo dan Emanuele Pesoli pula tiada kerana sakit selesema.
Udinese
Pemain tengah, Kwadwo Asamoah berkata Udinese telah berkerja keras mendapatkan tempat ketiga, tetapi sedar mereka belum boleh bersikap lewa.
No comments:
Post a Comment