Saturday, March 17, 2012

Serie A

AC Milan
Zlatan Ibrahimovic jaringkan golnya yang ke-20 dalam Serie A untuk AC Milan menang di tempat lawan buat kali ke-10 setelah menentang Parma.

AS Roma
AS Roma dilapor sedang menyediakan tawaran bernilai EUR20 juta untuk mendapatkan penyerang Villarreal, Giuseppe Rossi pada musim panas nanti.

Atalanta
Pengurus Atalanta, Stefano Colantuono telah gugurkan German Denis daripada skuad yang akan menentang Inter setelah mengalami masalah betis.

Bologna
Agen Gaby Mudingayi mengesahkan yang Fiorentina dan Udinese pernah menyerahkan tawaran pada bulan Januari, tetapi Bologna enggan melepaskannya.

Cagliari
Presiden Cagliari, Massimo Cellino membidas Davide Ballardini yang dipecat dengan berkata sekurang-kurangnya Ficcadenti sanggup melatih pemain.

Catania
Gianluca Atzori mengaku tidak terkejut dengan kedudukan Catania di dalam liga, berikutan pelaburan bijak yang telah dilakukan oleh kelab itu.

Cesena
Pengurus Cesena, Mario Beretta akan membawa empat penyerang untuk menentang Cagliari, setelah menamakan Iaquinta, Mutu, Rennella dan Malonga.

Chievo
Pengurus Chievo akan membawa lima penyerang untuk menentang Bologna setelah menamakan Paloschi, Pellissier, Moscardelli, Uribe dan Thereau.

Fiorentina
Mirko Vucinic jaringkan golnya yang kelima dalam Serie A untuk Fiorentina tewas di tempat sendiri buat kali keempat setelah menentang Juventus.

Genoa
Kakha Kaladze mengaku dia dan rakan sepasukannya di Genoa hanya mampu untuk mensasarkan status Serie A berikutan kemerosotan prestasi mereka.

Inter Milan
Claudio Ranieri menegaskan bahawa dia tidak bergaduh dengan Diego Forlan dan penyerang Inter itu hanya marah kerana gagal bermain dengan baik.

Juventus
Mirko Vucinic jaringkan golnya yang kelima dalam Serie A untuk Juventus menang di tempat lawan buat kali keenam setelah menentang Fiorentina.

Lazio
Edy Reja beri amaran kepada Lazio supaya jangan mengulangi aksi yang ditunjukkan ketika menentang Bologna jika mereka mahu menewaskan Catania.

Lecce
Penyerang Lecce, Luis Muriel dilapor akan kekal bersama kelab induknya, Udinese, walaupun dia menjadi sasaran pihak Juventus, Milan dan Napoli.

Napoli
Pengurus, Walter Mazzarri berkata skuad Napoli akan cuba melupakan penyingkiran mereka daripada Liga Juara-juara bila turun menentang Udinese.

Novara
Pengurus, Attilio Tesser percaya Novara boleh menang buat kali kedua berturut-turut jika pemainnya agresif dan fokus ketika menentang Siena.

Palermo
Pengurus Palermo, Bortolo Mutti mengesahkan bahawa Matias Aquirregaray akan turun menentang Lecce dan yakin dia mempunyai potensi yang besar.

Parma
Zlatan Ibrahimovic jaringkan golnya yang ke-20 dalam Serie A untuk Parma tewas di tempat sendiri buat kali ke-4 setelah menentang AC Milan.

Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino yakin pasukannya berhak kekal dalam Serie A dan mengaku adalah amat penting bagi mereka menewaskan Novara.

Udinese
Penyerang Udinese, Antonio Di Natale mengaku kecewa tersingkir daripada Liga Europa dan percaya skuadnya dan Napoli akan mengalami kelesuan.

No comments:

Post a Comment