Monday, March 12, 2012

EPL

Arsenal
Thomas Vermaelen jaring golnya yang ke-4 dalam Liga Premier untuk Arsenal menang di tempat sendiri buat kali ke-10 setelah bertemu Newcastle.

Aston Villa
Aston Villa telah menandatangani pra-kontrak dengan Brett Holman yang akan menyaksikan pemain AZ itu berpindah ke England pada musim panas.

Blackburn
Pengurus, Steve Kean masih optimistik Blackburn mampu meyakinkan Junior Hoilett untuk menandatangani kontrak jangka panjang dengan kelab itu.

Bolton
Pemain Bolgon, Sam Ricketts mahu teknologi garisan gol diperkenalkan dalam Liga Premier pada musim hadapan kerana sukan itu semakin pantas.

Chelsea
Nicolas Anelka masih yakin bahawa bekas rakan sepasukannya ketika di Chelsea, Didier Drogba akan menyertainya di China pada hujung musim ini.

Everton
Pengurus Everton, David Moyes mahu memenangi derbi Merseyside, tetapi apa yang dia benar-benar inginkan adalah membawa piala ke Goodisan Park.

Fulham
Manchester United dilapor sedang mempertimbangkan pemain Fulham, Moussa Dembele sebagai alternatif kepada Luca Modric dan Wesley Sneijder.

Liverpool
Kenny Dalglish percaya menewaskan Everton dalam derbi Merseyside akan beri suntikan semangat kepada Liverpool bagi menghadapi baki musim ini.

Manchester City
Micah Richards berkata Man City perlu mencari semula sentuhan di hadapan gol dan berharap Carlos Tevez akan kembali beraksi tidak lama lagi.

Manchester United
Manchester United dilapor sedang mempertimbangkan pemain Fulham, Moussa Dembele sebagai alternatif kepada Luca Modric dan Wesley Sneijder.

Newcastle United
Thomas Vermaelen jaring golnya yang ke-4 dalam Liga Premier untuk Newcastle tewas di tempat lawan buat kali ke-6 setelah menentang Arsenal.

Norwich City
John Ruddy hanya fokus pada usaha untuk kekal dalam Liga Premier setelah mengakui Norwich gagal bermain di tahap biasa ketika menentang Wigan.

Queens Park Rangers
Djibril Cisse yakin QPR boleh elakkan penyingkiran walaupun jadual perlawanan mereka sukar dan berjanji akan berjuang sehingga ke akhir musim.

Stoke City
Pemain pertahanan Stoke, Andy Wilkinson yakin dia boleh pulih daripada kecederaan sebelum perlawanan suku akhir Piala FA menentang Liverpool.

Sunderland
Martin O'Neill mendakwa bahawa Nicklas Bendtner semakin matang di Sunderland dan persembahannya kini melengkapi keyakinan dirinya yang tinggi.

Swansea City
Selepas tewas kepada Manchester City, penjaga gol Swansea, Michel Vorm mengaku bahawa dia puas hati dengan kemajuan pasukannya pada musim ini.

Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp mengaku dia mahu mengambil Eden Hazard, tetapi bimbang perlu bersaing dengan Manchester City serta United.

West Brom
Pemain West Brom, Jonas Olsson menyesal melakukan bentesan kasar terhadap Javier Hernandez yang berakhir dengan kad kuning kedua bagi dirinya.

Wigan Athletic
Roberto Martinez percaya Wigan mampu keluar dari zon bahaya walaupun perlu hadapi 5 daripada 7 pendahulu liga dalam baki perlawanan musim ini.

Wolverhampton
Penyerang, Kevin Doyle memahami kekecewaan penyokong berikutan kekalahan terbaru Wolves, tetapi berkata skuadnya masih yakin boleh selamat.

No comments:

Post a Comment