Arsenal
AC Milan mara ke suku akhir Liga Juara-juara walaupun tewas kepada Arsenal setelah Koscielny, Rosicky dan Van Persie berjaya menjaringkan gol.
Aston Villa
Stiliyan Petrov mendakwa bahawa pemilik Aston Villa, Randy Lerner sering datang ke padang latihan dan berkongsi rancangannya untuk kelab itu.
Blackburn
Steve Kean mahu pemain Blackburn membuktikan bahawa mereka berhak kekal di dalam Liga Premier - bermula dengan perlawanan menentang Wolves.
Bolton
Adam Bogdan percaya Bolton boleh menjuarai 'liga mini' di dasar carta dan ramal pasukan Trotters akan mula mengutip mata pada hari Sabtu ini.
Chelsea
Chelsea mara ke suku akhir selepas penyerang, Juan Mata berjaya jaringkan golnya yang ketiga dalam Piala FA untuk menyingkirkan Birmingham.
Everton
David Moyes yang bakal meraikan tahun kesepuluhnya di Goodison Park mengaku bahawa sedekad bersama hanya satu kelab adalah pencapaian besar.
Fulham
Brede Hangeland berkata Fulham dengan selesanya boleh menamatkan musim ini di 10 tempat ke atas jika boleh mengekalkan prestasi ketika ini.
Liverpool
Kapten, Steven Gerrard mengaku Liverpool tidak boleh mencicirkan sebarang mata sekiranya mereka mahu menamatkan musim ini di 4 tempat teratas.
Manchester City
Inter dilapor berminat untuk mendapatkan Edin Dzeko dan mungkin menjual Pazzini dan Milito bagi menyediakan tempat untuk penyerang Man City.
Manchester United
Ashley Young berkata Manchester United kini mensasarkan rekod sempurna dari sekarang hingga musim ini tamat bagi merebut gelaran juara liga.
Newcastle United
Pemain sayap, Peter Lovernkrands menegaskan bahawa kerjayanya di Newcastle Utd masih belum berakhir walaupun jarang diturunkan pada musim ini.
Norwich City
Zak Whitbread yang akan tamat kontrak pada musim panas nanti, berharap dia akan ditawarkan peluang untuk terus kekal bersama kelab Norwich.
Queens Park Rangers
Nedum Onuoha mengaku QPR mempunyai jadual perlawanan yang paling sukar berbanding kelab corot yang lain, tetapi yakin mereka boleh selamat.
Stoke City
Pemain Stoke City, Glenn Whelan menegaskan bahawa Potters mempunyai kualiti yang diperlukan untuk mengutip lebih dari 50 mata pada musim ini.
Sunderland
Pengurus, Martin O'Neill membidas dakwaan yang mengatakan bahawa pasukan Sunderland bermain dengan terlalu kasar ketika menentang Newcastle.
Swansea City
Brendan Rodgers tiada niat untuk memohon kerja sebagai pengurus di kelab Chelsea kerana dia mahu membina kerjaya, dan bukannya memusnahkan ia.
Tottenham
Harry Redknapp menolak laporan yang mengaitkannya dengan Chelsea kerana dia pasti tidak boleh kembali ke London utara jika menyertai kelab itu.
West Brom
Chris Brunt berpendapat ini adalah skuad West Brom yang terkuat sejak lima tahun lalu dan berkata terdapat banyak saingan untuk merebut tempat.
Wigan Athletic
Pengerusi Wigan, Dave Whelan berikan sokongannya kepada pengurus, Roberto Martinez, berikutan kekalahan kepada Swansea pada hari Sabtu lalu.
Wolverhampton
Pengurus, Terry Connor percaya penyerang Wolves, Steven Fletcher dan Kevin Doyle boleh memastikan kelab itu terus kekal di dalam Liga Premier.
No comments:
Post a Comment