Athletic Bilbao
Pengurus Athletic Bilbao, Marcelo Bielsa merungut mengenai kekalahan kepada Osasuna setelah mengaku mereka tidak dapat bermain seperti biasa.
Atletico Madrid
Pengurus, Diego Simeone puas hati Atletico berjaya menewaskan Granada tanpa bermain dengan baik kerana ia menunjukkan semangat pasukannya.
Barcelona
Pengurus Barcelona, Pep Guardiola mengaku bahawa dia berhadap akan dapat mengelakkan AC Milan di peringkat suku akhir Liga Juara-juara nanti.
Espanyol
Pertahanan Espanyol, Javi Lopez percaya suntikan semangat daripada kemenangan ke atas Rayo akan membantu mereka dalam perlawanan akan datang.
Getafe
Abdelaziz Barrada jaringkan golnya yang keempat dalam La Liga untuk Getafe menang di tempat lawan buat kali keempat setelah bertemu Villarreal.
Granada
Pengurus Granada, Abel Resino berkata dia gembira dengan aksi pasukannya dan menegaskan bahawa mereka tidak sepatutnya tewas kepada Atletico.
Levante
Pemain Levante, Gustavo Cabral kesal mengenai kekalahan kepada Malaga kerana pasukannya mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan.
Malaga
Penyerang Malaga, Salomon Rondon menggariskan keyakinan kelab itu bila umumkan keseluruhan skuadnya berazam untuk melayakkan diri ke Eropah.
Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar puas hati menang ke atas Bilbao dan menggariskan persediaan lengkap yang dibuat untuk perlawanan itu.
Racing Santander
Pengurus, Alvaro Cervera membidas Racing kerana bermain dengan teruk ketika bertemu Barcelona, tetapi percaya masalah mereka bukan pada sikap.
Rayo Vallecano
Pengurus Rayo Vallecano, Jose Ramon Sandoval mengaku Espanyol lebih kuat dan mahu pemainnya supaya melancarkan semula kempen mereka dari asas.
Real Betis
Presiden Real Betis, Miguel Guillen menegaskan bahawa tiada gunanya bagi kelab itu membuat protes kerana keputusan pengadil tidak boleh diubah.
Real Madrid
Pemain Real Madrid, Kaka mendakwa bahawa dia lebih banyak belajar daripada Jose Mourinho berbanding jurulatih lain yang pernah menguruskannya.
Real Mallorca
Pengurus Mallorca, Joaquin Caparros puas hati seri dengan Valencia setelah pasukannya menunjukkan persembahan yang lebih baik pada babak kedua.
Real Sociedad
Sociedad berada di tempat ke-4 dalam carta Fairplay dengan 66 mata penalti setelah mengumpulkan 56 kad kuning dan 5 kad merah pada musim ini.
Real Zaragoza
Zaragoza berada di tempat ke-10 dalam carta Fairplay dengan 85 mata penalti setelah mengumpulkan 77 kad kuning dan 4 kad merah pada musim ini.
Sevilla
Pemain sayap Sevilla, Jesus Navas akan terlepas perlawanan menentang Barcelona setelah pergelangan kakinya terkehel ketika menentang Gijon.
Sporting Gijon
Pemain tengah Sporting Gijon, Miguel de las Cuevas akan terlepas perlawanan menentang Granada kerana kecederaan lebih teruk dari jangkaan.
Valencia
Bercakap selepas seri dengan Mallorca, pengurus Valencia, Unai Emery mengaku pasukannya telah mengulangi kesilapan ketika mereka menentang PSV.
Villarreal
Abdelaziz Barrada jaringkan golnya yang keempat dalam La Liga untuk Villarreal tewas di tempat sendiri buat kali kedua setelah bertemu Getafe.
No comments:
Post a Comment