Friday, March 9, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Pengurus Athletic Bilbao, Marcelo Bielsa mengingatkan pemainnya bahawa kemenangan 3-2 di Old Trafford hanya separuh daripada tugasan mereka.

Atletico Madrid
Perlawanan bertemu Besiktas adalah kali pertama Atletico Madrid berjaya mengelakkan kad kuning sejak Diego Simeone mengambil-alih skuad mereka.

Barcelona
Pemain tengah, Cesc Fabregas menggambarkan Barcelona sebagai kumpulan terbaik pernah dilihatnya dan mengagumi keinginan mereka untuk berjaya.

Espanyol
Espanyol tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Rayo yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang keenam.

Getafe
Getafe mahu menang buat kali pertama dari enam perlawanan bila menentang Villarreal yang hanya sekali tewas di tempat sendiri pada musim ini.

Granada
Granada tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila bertemu Atletico yang telah mencicirkan 14 mata di tempat sendiri pada musim ini.

Levante
Francesco Javier Farinos percaya Malaga adalah pilihan utama, tetapi menegaskan bahawa Levante akan berjuang mempertahankan tempat keempat.

Malaga
Pengurus, Manuel Pellegrini kemampuan Malaga untuk mencapai matlamat mereka pada musim ini tidak bergantung kepada perlawanan bertemu Levante.

Osasuna
Kapten Osasuna, Patxi Punal mengaku Bilbao cemerlang ketika menentang Man Utd, tetapi skuadnya akan mempunyai peluang untuk menewaskan mereka.

Racing Santander
Racing tidak mahu tewas buat kali ketiga dari lima perlawanan bila bertemu Barcelona yang telah mencicirkan 16 mata di tempat lawan musim ini.

Rayo Vallecano
Pemain tengah, Michu mengaku dia bernasib baik di depan gol, tetapi menegaskan bahawa dia bukanlah sebab utama Rayo berjaya pada musim ini.

Real Betis
Pengurus Real Betis, Pepe Mel masih berazam mencari jalan untuk mencatatkan kemenangan bila pasukannya menerima kunjungan Real Madrid nanti.

Real Madrid
Jorge Valdano bimbang Gonzalo Higuian akan keluar dari Real Madrid jika para penyokong dan wartawan terus-menerus mempersoalkan kemampuannya.

Real Mallorca
Mallorga mahu mengutip mata buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Valencia yang telah mencicirkan 13 mata di tempat sendiri.

Real Sociedad
Real Sociedad mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Zaragoza yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali ke-10.

Real Zaragoza
Zaragoza mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila bertemu Sociedad yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali keempat.

Sevilla
Pengurus Sevilla, Michel berharap Alvaro Negredo dapat turun menentang Barcelona dan berkata penyerang itu optimistik dengan pemulihannya.

Sporting Gijon
Sporting Gijon tidak mahu tewas buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Sevilla yang mahu menang di tempat lawan buat kali ketiga.

Valencia
Pengurus Valencia, Unai Emery kesal pemainnya gagal mengekalkan tumpuan dan melepaskan dua gol di penghujung perlawanan ketika menewaskan PSV.

Villarreal
Penyerang, Giuseppe Rossi menegaskan bahawa dia tiada niat untuk keluar dari Villarreal dan membidas agennya kerana mencadangkan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment