Friday, March 16, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Pep Guardiola telah melabelkan pengurus Bilbao, Marcelo Bielsa sebagai 'jurulatih terbaik di atas planet ini' dan La Liga bertuah memilikinya.

Atletico Madrid
Pengurus, Diego Simeone gembira dengan kemaraan Atletico Madrid di Liga Europa, dan mendakwa skuadnya beraksi dengan sempurna pada babak kedua.

Barcelona
Pep Guardiola berkata fokusnya hanya pada Milan dan bukannya terhadap kemungkinan menentang Real Madrid di peringkat akhir Liga Juara-juara.

Espanyol
Penjaga gol Espanyol, Kiko Casilla menandatangani kontrak baru untuk kekal di situ sehingga 2015, selepas beberapa minggu mengadakan rundingan.

Getafe
Getafe mahu mengutip mata buat kali keempat dari lima perlawanan bila menentang Sociedad yang mahu menang di tempat lawan buat kali keempat.

Granada
Granada tidak mahu tewas buat kali keempat berturut-turut bila menentang Sporting Gijon yang mahu menang di tempat lawan buat kali ketiga.

Levante
Pengurus, Juan Ignacio enggan menganggap Levante sebagai pilihan utama bila beraksi minggu ini, walaupun Villarreal sedang menghadapi krisis.

Malaga
Nacho Monreal berharap Malaga boleh mengekalkan momentum bila menentang Real Madrid dan percaya skuadnya telah berjaya menemui keseimbangan.

Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar beri amaran supaya jangan memandang rendah Zaragoza kerana mereka sedang menghadapi perlawanan 'akhir'.

Racing Santander
Racing tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Espanyol yang mahu menang di tempat sendiri buat kali kelapan.

Rayo Vallecano
Pengurus, Jose Ramon Sandoval mahu Rayo mencari semula identiti mereka pada minggu ini, dan mengaku mereka adalah musuh utama diri sendiri.

Real Betis
Real Betis tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila bertemu Rayo yang telah mencicirkan 24 mata di tempat sendiri pada musim ini.

Real Madrid
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho percaya Bayern mampu menewaskan mana-mana pasukan dan adalah antara pesaing utama dalam Liga Juara-juara.

Real Mallorca
Real Mallorca mahu menang buat kali yang kedua dari lima perlawanan bila menentang Atletico yang telah mengutip hanya 11 mata di tempat lawan.

Real Sociedad
Sociedad mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Getafe yang telah mencicirkan 19 mata di tempat sendiri musim ini.

Real Zaragoza
Zaragoza tidak mahu tewas buat kali kedua dari lima perlawanan bila menentang Osasuna yang telah mengutip hanya tujuh mata di tempat lawan.

Sevilla
Sevilla tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila menentang Barcelona yang telah mencicirkan 16 mata di tempat lawan pada musim ini.

Sporting Gijon
Sporting mahu mengutip mata buat kali keempat dari lima perlawanan bila bertemu Granada yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali ke-11.

Valencia
Aritz Aduriz gembira Valencia tidak perlu menentang kelab dari La Liga, setelah mereka dipasangkan dengan AZ dalam suku akhir Liga Europa.

Villarreal
Giuseppe Rossi mahu mencontohi Francesco Totti yang berjaya menjuarai pertandingan antarabangsa bersama Itali sebaik sahaja pulih dari cedera.

No comments:

Post a Comment