Tuesday, March 6, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Pihak RFEF akhirnya mengambil keputusan untuk mengadakan perlawanan akhir Copa del Rey 2012 di antara Barcelona dan Bilbao di Vicente Calderon.

Atletico Madrid
Atletico Madrid dikata akan cuba mendapatkan khidmat penyerang Atalanta, German Denis bila pasaran pemain dibuka semula pada musim panas nanti.

Barcelona
Pihak RFEF akhirnya mengambil keputusan untuk mengadakan perlawanan akhir Copa del Rey 2012 di antara Barcelona dan Bilbao di Vicente Calderon.

Espanyol
Berita buruk untuk pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino kerana Raul Rodriguez tidak dapat beraksi selama 3 minggu kerana kecederaan paha.

Getafe
Pengurus Getafe, Luis Garcia bimbang mengenai cemuhan yang dilemparkan kepada Javier Arizmendi, tetapi percaya penyerang itu mampu menanganinya.

Granada
Pemain Granada, Siqueira, Fran Ricao, Dani Benitez dan Franco Jara semuanya digantung setelah menerima kad kuning kelima hujung minggu lalu.

Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio puas hati menewaskan Betis dan menegaskan bahawa tiket untuk ke Liga Juara-juara bukanlah matlamat kelab itu.

Malaga
Weligton percaya perlawanan menentang Levante akan membawa nilai 6 mata kerana skuad Malaga akan terkeluar dari tempat ke Eropah jika kalah.

Osasuna
Berita baik untuk pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar kerana Patxi Punal dan Javad Nekounam dijangka dapat turun menentang Bilbao nanti.

Racing Santander
Penjaga gol Racing Santander, Mario Fernandez mengaku dia teringin menentang Barcelona dan menegaskan bahawa dia tidak gentar dengan Blaugrana.

Rayo Vallecano
Rayo Vallecano perlu menentang Espanyol tanpa khidmat penyerang, Diego Costa yang dilayangkan kad kuning kelimanya pada hujung minggu lalu.

Real Betis
Pepe Mel berkata pasukan Betis bermain dengan baik pada babak pertama menentang Levante, tetapi gagal menunjukkan reaksi selepas gol pertama.

Real Madrid
Pemain tengah Real Madrid, Kaka mahu mengekalkan tahapnya ketika ini setelah mendakwa kemenangan ke atas Espanyol telah menaikkan keyakinannya.

Real Mallorca
Penyerang Real Mallorca, Emilio Nsue puas hati golnya berjaya membantu kelabnya pada hujung minggu lalu dan gembira jika seri dengan Valencia.

Real Sociedad
Pemain Sociedad, Mikel Aranburu menegaskan bahawa perlawanan menentang Bilbao adalah seimbang, tetapi pengadil telah mempengaruhi keputusan.

Real Zaragoza
Penyerang Real Zaragoza, Luis Garcia mendedahkan bahawa Oviedo menyingkirkannya kerana percaya dia terlalu pendek untuk bermain dalam liga.

Sevilla
Baba Diawara gembira menjaringkan gol ketika menentang Atletico, tetapi enggan terlalu yakin mengenai peluang Sevilla ke Liga Juara-juara.

Sporting Gijon
Formose Mendy gembira memulakan perlawanan buat kali yang pertama dan percaya kekalahan kepada Barcelona akan membantu Sporting Gijon maju.

Valencia
Penjaga gol Valencia, Diego Alves menegaskan bahawa pasukannya berazam untuk menjuarai Liga Europa dan menamatkan musim ini di tempat ketiga.

Villarreal
Pemain tengah Villarreal, Bruno Soriano mengaku bimbang mengenai situasi mereka, tetapi tegaskan bahawa skuadnya tahu apa yang perlu dilakukan.

No comments:

Post a Comment