Wednesday, March 7, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Iker Muniain gembira dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Premier, tetapi dia tidak mahu meninggalkan Bilbao dalam jangka masa terdekat ini.

Atletico Madrid
Pemain tengah Besiktas, Simao mengumumkan bahawa dia tidak akan meraikan golnya bila menentang kelab lamanya, Atletico di dalam Liga Europa.

Barcelona
Barcelona mara ke suku akhir setelah Lionel Messi jaringkan golnya yang ke-12 dalam Liga Juara-juara untuk membelasah skuad Bayer Leverkusen.

Espanyol
Mauricio Pochettino mengaku kekalahan kepada Real Madrid merupakan tamparan keras, tetapi dia puas hati dengan reaksi Espanyol di dalam latihan.

Getafe
Pemain Getafe, Pedro Leon mengaku pelbagai kecederaan yang dialaminya sepanjang 15 bulan lalu amat perit dan berharap ia tidak akan berulang.

Granada
Pengurus Granada, Abel Resino menghadapi kesukaran memilih pasukannya untuk menentang Atletico kerana lapan pemainnya tidak dapat beraksi.

Levante
Pemain tengah Levante, Juanlu telah pulih daripada patah kaki yang berlaku pada bulan Disember lalu dan bakal kembali beraksi pada 25 Mac nanti.

Malaga
Penyerang Malaga, Julio Baptista tidak dapat beraksi untuk dua bulan lagi kerana ototnya terkoyak dan dijangka akan terlepas baki musim ini.

Osasuna
Pengurus Osasuna, Mendilibar berharap Kike Sola boleh kembali beraksi pada minggu ini kerana Nino adalah penyerang tunggal yang boleh beraksi.

Racing Santander
Racing Santander mengumumkan bahawa mereka telah memecat Juanjo Gonzalez dan telah melantik Castano serta Pinillos sebagai pengurus sementara.

Rayo Vallecano
Berita baik untuk pengurus Rayo, Sandoval kerana Roberto Roman Triguero kini berlatih secara normal dan mungkin boleh beraksi hujung minggu ini.

Real Betis
Pengurus Betis, Pepe Mel menghadapi krisis pertahanan kerana Paulao mungkin tidak dapat menentang Real Madrid setelah mengalami masalah otot.

Real Madrid
Bapa serta agen kepada Gonzalo Higuain mendedahkan bahawa pemain Real Madrid itu mengalukan rundingan dengan Juventus pada hujung musim ini.

Real Mallorca
Real Mallorca menang sekali dan seri sekali dalam lima perlawanan di tempat lawan sebelum ini setelah menjaringkan dua gol dan melepaskan 5 gol.

Real Sociedad
Pemain tengah Real Sociedad, Gorka Elustondo beri amaran kepada rakan sepasukannya bahawa Zaragoza masih hidup walaupun berada di dasar carta.

Real Zaragoza
Pemain Zaragoza, Ivan Obradovic tidak mengendahkan berita yang kelab itu akan dijual kerana fokus utama mereka adalah mengelakkan penyingkiran.

Sevilla
Pemain pertahanan Sevilla, Fernando Navarro percaya pasukannya banyak berubah sejak pengurus, Michel tiba dan mereka kini lebih optimistik.

Sporting Gijon
Berita baik untuk pengurus Sporting, Javier Clemente kerana Alberto Lora telah diisytiharkan pulih dan boleh beraksi pada hujung minggu ini.

Valencia
Pengurus Valencia, Unai Emery umumkan matlamat mereka untuk menunjukkan aksi menarik ketika menewaskan PSV dan memastikan gawang tidak bolos.

Villarreal
Naib presiden Villarreal, Jose Manuel Llaneza yakin para pemainnya akan terus bermati-matian dalam usaha mereka untuk mengelakkan penyingkiran.

No comments:

Post a Comment