Wednesday, March 7, 2012

EPL

Arsenal
Per Mertesacker berkata rakan sepasukannya di dalam skuad Jerman, Lukas Podolski amat berminat untuk menyertai Arsenal daripada kelab Cologne.

Aston Villa
Carlos Cuellar masih belum menerima sebarang tawaran kontrak daripada Aston Villa, tetapi mengaku bahawa kelab lain pernah cuba mendapatkannya.

Blackburn
David Dunn berkata Blackburn akan bermati-matian dalam usaha mengelakkan penyingkiran yang mampu menjadi tragedi kepada semua yang terlibat.

Bolton
Bolton mungkin sekali lagi akan cuba mendapatakan Gregg Wylde setelah pemain skuad U21 Scotland itu keluar daripada Rangers secara sukarela.

Chelsea
Bekas pemain Chelsea, Alex menuduh Andre Villas-Boas tidak menghormati Frank Lampard ketika dia masih menguruskan skuad di Stamford Bridge.

Everton
Leon Osman percaya dua minggu ini berupaya menentukan kempen kelab Everton, menjelang perlawanan menentant Tottenham, Liverpool dan Sunderland.

Fulham
Fulham mengesahkan bahawa pemain pertahanan, Carlos Salcido telah menandatangani kontrak tetap dengan kelab dari Mexico, Tigres de la UANL.

Liverpool
Pemilik Paris Saint Germain, Nasser Al-Khelaifi menggariskan rancangan kelab itu untuk mendapatkan khidmat penyerang Liverpool, Luis Suarez.

Manchester City
Stefan Savic mengaku Manchester City memerhatikan keputusan United, tetapi menegaskan bahawa skuadnya semakin hampir menjuarai Liga Premier.

Manchester United
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengaku tidak pasti sama ada bekas pemain Le Havre, Paul Pogba telah bersetuju menyertai Juventus.

Newcastle United
Pemain sayap, Hatem Ben Arfa berazam untuk membuat impak di Newcastle, menjuarai Piala Dunia 2014 serta dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia.

Norwich City
Jonny Howson mahu memastikan tempatnya di dalam skuad utama Norwich, tetapi sedih Liga Premier musim ini cuba tinggal 11 perlawanan sahaja.

Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Mark Hughes tegaskan bahawa dia tiada niat untuk meminjamkan Clint Hill kepada kelab lain sebelum musim ini tamat.

Stoke City
Kontrak Jonathan Woodgate di Stoke City bakal dilanjutkan secara automatik setelah dia membuat 21 kemunculan untuk The Potters pada musim ini.

Sunderland
Penjaga gol Sunderland, Craig Gordon beri amaran kepada Simon Mignolet bahawa dia mahukan tempatnya semula setelah setahun tidak dapat beraksi.

Swansea City
Pemain sayap Swansea, Nathan Dyer menegaskan bahawa dia tiada niat jahat ketika membentes Jordi Gomez dan dia hanya tersentuh sedikit sahaja.

Tottenham
Gareth Bale mengaku tidak pasti sama ada Tottenham sepatutnya diberikan penalti dalam kemenangan Piala FA ke atas Stevenage di White Hart Lane.

West Brom
Penolong pengurus West Brom, Keith Downing berkata adalah sukar bagi Roy Hodgson untuk mendapatkan pengganti Terry Burton pada waktu terdekat.

Wigan Athletic
Nathan Dyer menegaskan bahawa dia tiada niat jahat ketika membentes pemain Wigan Athletic, Jordi Gomez dan dia hanya tersentuh sedikit sahaja.

Wolverhampton
Pengurus Wolves, Terry Connor mengaku Dave Edwards berkemungkinan besar tidak dapat turun dalam perlawanan penting menentang Blackburn nanti.

No comments:

Post a Comment