AC Milan
Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi mengenai perpindahannya ke Milan setelah menegaskan yang dia gembira di Real Madrid.
AS Roma
Direktor, Walter Sabatini menafikan spekulasi bahawa Roma akan menawarkan Simon Kjaer kepada Palermo sebagai pertukaran untuk Matias Silvestre.
Atalanta
Berita buruk untuk pengurus Atalanta, Colantuono kerana Matteo Brighi mungkin tidak lagi dapat beraksi pada musim ini kerana kecederaan otot.
Bologna
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini mengaku menyesal memecat Stefano Pioli pada musim panas lalu, berikutan kejayaan pengurus itu di Atalanta.
Cagliari
Laporan mengatakan penyokong Cagliari tidak puas hati dengan keputusan presiden, Massimo Cellino untuk memecat pengurus, Davide Ballardini.
Catania
Pengurus Catania, Vincenzo Montella puas hati dengan kedudukan mereka dalam liga dan percaya pemain pinggirannya juga mampu membuat impak.
Cesena
Pemain pertahanan, Luca Ceccarelli mendedahkan bahawa dia telah meminta maaf kepada Emmanuel Calaio setelah mendapat tahu fibulanya retak.
Chievo
Penjaga gol Chievo, Stefano Sorrentino telah bermain dalam setiap minit Serie A musim ini dengan menghalang 80 cubaan dan melepaskan 33 gol.
Fiorentina
Andrea Lazzari percaya perlawanan menentang skuad Juventus adalah peluang untuk Fiorentina membuktikan bahawa mereka telah bermain dengan baik.
Genoa
Direktor Genoa, Stefano Capozucca mendedahkan bahawa mereka telah menyatakan hasrat untuk mengambil pengurus, Luis Enrique sebelum dia ke Roma.
Inter Milan
Marseille mara ke suku akhir setelah Brandao jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara musim ini untuk menyingkirkan Inter Milan.
Juventus
Pescara nafikan laporan yang mengatakan mereka telah bersetuju menjual separuh kontrak Marco Veratti kepada Juventus dengan harga EUR3.5 juta.
Lazio
Pemain tengah, Cristian Brocchi yang menyertai Lazio pada tahun 2008, berharap dia akan ditawarkan kontrak satu tahun yang baru di Olimpico.
Lecce
Pengurus Lecce, Serse Cosmi berharap pemainnya boleh mengelakkan rasa gemuruh bila mereka turun dalam perlawanan mesti-menang bertemu Palermo.
Napoli
Pengurus Napoli, Walter Mazzarri tidak lagi digantung daripada menyertai perlawanan menentang Chelsea setelah kelab itu berjaya dalam rayuan.
Novara
Penyerang Novara, Takayuki Morimoto gembira kembali ke padang selepas 2 bulan cedera dan tidak sabar untuk mengembalikan tahap kecergasannya.
Palermo
Direktor, Walter Sabatini menafikan spekulasi bahawa Roma akan menawarkan Simon Kjaer kepada Palermo sebagai pertukaran untuk Matias Silvestre.
Parma
Pengurus Parma, Roberto Donadoni mengaku skuadnya perlu bermain dengan sempurna bila bertemu Milan, dan menjangkakan reaksi daripada pemainnya.
Siena
Direktor, Giorgio Perinetti percaya lambat-laun Mattia Destro akan menyertai kelab besar sekiranya dia meneruskan kemajuannya bersama Siena.
Udinese
Paris Saint Germain dilapor sanggup menawarkan EUR11 juta kepada Udinese untuk membeli khidmat pemain sayap, Mauricio Isla pada musim panas.
No comments:
Post a Comment