Saturday, March 17, 2012

EPL

Arsenal
Harry Redknapp memberitahu penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny supaya fokus pada diri sendiri dan berhenti bercakap mengenai kelab lain.

Aston Villa
Penjaga gol Aston Villa, Shay Given berharap Richard Dunne akan kembali beraksi pada hujung musim ini kerana dia mahu bermain di Euro 2012.

Blackburn
Steve Kean meremehkan khabar angin mengenai Ruben Rochina keluar pada musim panas dan menegaskan bahawa pemain itu komited kepada Blackburn.

Bolton
Perlawanan suku akhir Piala FA antara Tottenham dan Bolton dihentikan setelah pemain tengah Bolton, Fabrice Muamba rebah dan diberikan CPR.

Chelsea
Ryan Bertrand berharap dia dapat mempergunakan sebaiknya peluang yang diberikan kepadanya untuk mengukuhkan tempatnya di dalam skuad Chelsea.

Everton
Steve Round percaya persembahan Everton sepatutnya sudah cukup untuk memastikan kemenangan, berikutan keputusan seri dengan skuad Sunderland.

Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol mengaku pasukannya tidak setanding pemain Swansea City yang berjaya menang mudah dalam pertemuan di Craven Cottage.

Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish ramal pemain tengah, Steven Gerrard boleh mencontohi Ryan Giggs dan bermain sehingga ke usia lewat 30-an.

Manchester City
Penjaga gol Man City, Joe Hart anggap Mario Balotelli sebagai pakar penalti terbaik dunia dan sepakannya adalah hampir mustahil untuk dihalang.

Manchester United
Wayne Rooney berkata Man Utd berjaya mengatasi prestasi buruk di tempat lawan setelah menggandakan jumlah kemenangan berbanding musim lalu.

Newcastle United
Mike Williamson menegaskan bahawa skuad Newcastle boleh membuktikan mereka tidak mengalami 'mini-krisis' dan kembali merebut tempat ke Eropah.

Norwich City
Penyerang Norwich, Simeon Jackson gembira dengan kehidupan di dalam Liga Premier dan berazam mengekalkan tempatnya di dalam skuad Paul Lambert.

Queens Park Rangers
Pengurus Preston North End, Graham Westley gembira berjaya meminjam khidmat pemain pertahanan Queens Park Rangers, kerana dia serba boleh.

Stoke City
Stoke City mahu memastikan tiket ke Wembley buat kali yang ketiga dalam jangka masa setahun menjelang minggu yang paling sukar pada musim ini.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill gembira berjaya seri di dalam Piala FA setelah mengakui bahawa telah Everton menguasai pertemuan mereka.

Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers mengalukan persembahan cemerlang skuadnya ketika bertemu Fulham dan mengaku mahu membeli kontrak Sigurdsson.

Tottenham
Perlawanan suku akhir Piala FA antara Tottenham dan Bolton dihentikan setelah pemain tengah Bolton, Fabrice Muamba rebah dan diberikan CPR.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson gembira dengan semangat juang pasukannya setelah mereka berjaya bangun semula untuk seri dengan Wigan Athletic.

Wigan Athletic
Roberto Martinez berkata Wigan tidak mendapat keadilan dalam keputusan seri dengan West Brom kerana pasukannya berjaya mendominasi perlawanan.

Wolverhampton
Pengurus, Terry Connor gesa pemain serta penyokong kelab itu bersatu kerana sekiranya mereka mahu melihat kelab ke kekal di dalam Liga Premier.

No comments:

Post a Comment