Tuesday, March 6, 2012

Serie A

AC Milan
AC Milan mara ke suku akhir Liga Juara-juara walaupun tewas kepada Arsenal setelah Koscielny, Rosicky dan Van Persie berjaya menjaringkan gol.

AS Roma
Roma mengesahkan bahawa Juan tidak dapat beraksi selama 50 hari setelah pemain itu mengalami kecederaan lutut ketika mereka tewas kepada Lazio.

Atalanta
Atletico Madrid dikata akan cuba mendapatkan khidmat penyerang Atalanta, German Denis bila pasaran pemain dibuka semula pada musim panas nanti.

Bologna
Direktor sukan Bologna, Roberto Zanzi berkat kelab itu akan membuat keputusan mengenai masa depan Gaston Ramirez di antara bulan Mei dan Jun.

Cagliari
Pemain Cagliari, Radja Nainggolan masih menjadi sasaran Juventus yang mungkin menawarkan Marone dan Buoy sebagai sebahagian daripada pertukaran.

Catania
Catania mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Cesena yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali yang ketujuh.

Cesena
Cesena tidak mahu tewas buat kali kelima berturut-turut bila mereka menentang Catania yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang ketiga.

Chievo
Genoa dilapor mahu membeli separuh lagi daripada kontrak pemilikan Francesco Acerbi, berikutan prestasinya untuk kelab Chievo pada musim ini.

Fiorentina
Juventus dilapor mungkin tawarkan penyerang, Fabio Quagliarella sebagai sebahagian daripada pertukaran untuk pemain Fiorentina, Stefan Jovetic.

Genoa
Genoa dilapor mahu membeli separuh lagi daripada kontrak pemilikan Francesco Acerbi, berikutan prestasinya untuk kelab Chievo pada musim ini.

Inter Milan
Inter dilapor berminat untuk mendapatkan Edin Dzeko dan mungkin menjual Pazzini dan Milito bagi menyediakan tempat untuk penyerang Man City.

Juventus
Juventus dilapor mungkin tawarkan penyerang, Fabio Quagliarella sebagai sebahagian daripada pertukaran untuk pemain Fiorentina, Stefan Jovetic.

Lazio
Hernanez berkata kemenangan ke atas Roma adalah bukti skuad Lazio semakin maju dan matang kerana mereka gagal menang derbi itu pada musim lalu.

Lecce
Pemain Lecce, Andrea Bertolacci percaya pasukannya kini melalui waktu yang positif dan berkat kekuatan mereka adalah kepantasan dalam serangan.

Napoli
Pierpaolo Marino berkata Ezequiel Lavezzi hampir-hampir keluar pada awal kerjayanya di Napoli setelah menghadapi kesukaran menyesuaikan diri.

Novara
Novara telah ambil keputusan memecat Emiliano Mondonico selepas hanya enam perlawanan dan melantik semula Attilio Tesser sebagai pengurus baru.

Palermo
Pengurus Palermo, Bortolo Mutti ramalkan perlawanan sukar bertemu Roma kerana Totti, Borini dan Lamela boleh jaringkan gol pada bila-bila masa.

Parma
Pengurus, Roberto Donadoni berkata Parma ambil keputusan terbaik tidak bertemu media pada hari Ahad lalu kerana mahu mengelakkan salah faham.

Siena
Siena mengesahkan bahawa mereka telah meminjamkan penyerang, Reginaldo kepada kelab Jepun, Jef United dengan pilihan untuk membelinya nanti.

Udinese
Penyerang, Antonio Di Natale mendedahkan bahawa Udinese mahu menjuarai Liga Europa dan menamatkan kempen Serie A musim ini di tempat ketiga.

No comments:

Post a Comment