Wednesday, March 14, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Penyerang Bilbao, Fernando Llorente telah kembali menjalani latihan, tetapi belum pasti sama ada dia boleh turun menentang Manchester United.

Atletico Madrid
Pemain tengah Atletico, Arda Turan menegaskan bahawa keadaan fizikalnya sangat baik bagi menentang Besiktas, walaupun tercedera baru-baru ini.

Barcelona
Javier Mascherano memuji pengurus Barcelona, Pep Guadiola kerana menjadikannya pemain yang lebih lengkap sejak dia tiba daripada Liverpool.

Espanyol
Pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino berkata skuadnya tenang selepas tewas kepada Real Madrid kerana sudah biasa dengan keputusan naik-turun.

Getafe
Pemain Getafe, Michel percaya pasukannya boleh kekal dalam La Liga jika mereka boleh mencapai 35 mata dengan satu lagi kemenangan minggu ini.

Granada
Dani Benitez menegaskan bahawa perlawanan menentang Sporting tidak akan menentukan nasib Granada, tetapi amat penting bagi mereka untuk menang.

Levante
Penyerang Levante, Arouna Kone mendedahkan bahawa dia mengambil risiko besar dalam 3 atau 4 perlawanan sebelum ini kerana dia ada masalah otot.

Malaga
Pemain pertahanan, Jesus Gamez berkata Malaga bersemangat setelah menang tiga perlawanan berturut-turut dan mahukan mata bila ke Bernabeu.

Osasuna
Kike Sola kecewa terlepas banyak perlawanan sebaik sahaja menjadi pilihan utama Osasuna, tetapi dia yakin akan pulih sepenuhnya musim hadapan.

Racing Santander
Pengurus Racing, Alvaro Cervera mengaku sukar bagi mereka bergerak ke hadapan dan tugasnya kini adalah mengenalpasti pemain yang masih komited.

Rayo Vallecano
Pemain tengah Rayo, Dani Pacheco mengaku selain daripada perlu menewaskan Betis, pasukannya juga perlu menunjukkan imej permainan yang berbeza.

Real Betis
Pengurus Betis, Pepe Mel berkata dia tidak suka berpindah selagi tugasnya belum selesai, berikutan laporan yang mengaitkannya dengan Valencia.

Real Madrid
Real Madrid mara ke suku akhir setelah Cristiano Ronaldo jaringkan golnya yang keenam dalam Liga Juara-juara untuk menyingkirkan skuad CSKA.

Real Mallorca
Penyerang, Victor Casadesus menggesa Real Mallorca supaya bertempur dengan Atletico kerana banyak yang dipertaruhkan di dalam perlawanan itu.

Real Sociedad
Alberto de la Bella percaya Sociedad perlu menang dua atau tiga perlawanan berturut-turut jika mahu menjarakkan diri dari pesaing utama mereka.

Real Zaragoza
Antonio Galdeano berjanji mencurahkan segala tenaga yang ada padanya dan percaya Zaragoza perlukan 2 kemenangan untuk mengubah situasi mereka.

Sevilla
Diego Perotti menggariskan bahawa tekanan sentiasa wujud di kelab Sevilla, tetapi mengaku mereka sepatutnya boleh menunjukkan usaha lebih baik.

Sporting Gijon
Pemain pertahanan Sporting Gijon, Alex Galvez menggesa pasukannya supaya bertenang dan cuba kekalkan permainan sendiri bila bertemu Granada.

Valencia
Penyerang, Aritz Aduriz percaya kemenangan Valencia dalam pertemuan pertama dengan PSV hanya akan menjadikan kelab Belanda itu lebih berbahaya.

Villarreal
Penjaga gol Villarreal, Diego Lopez percaya masih ada masa untuk memperbaiki situasi mereka, tetapi skuadnya perlu menunjukkan keberanian.

No comments:

Post a Comment