Friday, March 2, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Penyerang Bilbao, Iker Muniain mungkin tidak dapat menentang Sociedad setelah terpaksa meninggalkan sesi latihan kerana kecederaan pinggul.

Atletico Madrid
Barcelona berharap RFEF akan memihak kepada mereka dan memilih stadium Atletico sebagai tempat perlawanan akhir Copa del Rey menentang Bilbao.

Barcelona
Pep Guardiola dan Jose Mourinho adalah calon untuk jawatan pengurus England kerana pihak FA tidak mahu beri fokus hanya kepada Harry Redknapp.

Espanyol
Penjaga gol, Kiko Casilla gesa Espanyol supaya mengambil kesempatan terhadap kecenderungan Real Madrid untuk hilang tumpuan di awal perlawanan.

Getafe
Getafe mahu mengutip mata buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Malaga yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang ketiga.

Granada
Granada tidak mahu tewas buat kali yang kedua berturut-turut bila menentang Valencia yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang kelima.

Levante
Penjaga gol Levante, Gustavo Munua berkata pasukannya sudah hampir mencapai matlamat mereka, tetapi menegaskan mereka mahu lebih daripada itu.

Malaga
Pengurus Malaga, Manuel Pellegrini mendakwa bahawa pasukannya tidak banyak terpesong daripada objektif yang mereka tetapkan awal musim ini.

Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar yakin penyerang pinggiran pasukannya mampu melakukan tugas dengan baik bila mereka menentang Mallorca.

Racing Santander
Racing mahu mengutip mata buat kali keempat dari lima perlawanan bila menentang Rayo yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali kelapan.

Rayo Vallecano
Rayo mahu menang buat kali keempat dari lima perlawanan bila menentang Racing yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali yang keenam.

Real Betis
Real Betis mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila menentang pasukan Levante yang hanya tiga kali tewas di tempat sendiri.

Real Madrid
Jose Mourinho dan Pep Guardiola adalah calon untuk jawatan pengurus England kerana pihak FA tidak mahu beri fokus hanya kepada Harry Redknapp.

Real Mallorca
Mallorca mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Osasuna yang telah menjaringkan hanya sembilan gol di tempat lawan.

Real Sociedad
Sociedad tidak mahu tewas buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Bilbao yang mahu menang di tempat sendiri buat kali kesembilan.

Real Zaragoza
Zaragoza tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila menentang Villarreal yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang kedua.

Sevilla
Pengurus Sevilla, Michel menegaskan bahawa dua kemenangan sebelum ini bukanlah kerana perubahan formasi, tetapi kerana perubahan sikap pemain.

Sporting Gijon
Sporting mahu mengutip mata buat kali keempat dari lima perlawanan bila menentang Barcelona yang melepaskan hanya empat gol di tempat sendiri.

Valencia
Penyerang, Roberto Soldado percaya tempatnya di dalam skuad Sepanyol belum terjamin dan dia perlu menjaringkan lebih banyak gol untuk Valencia.

Villarreal
Villarreal mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Zaragoza yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali ketujuh.

No comments:

Post a Comment