Athletic Bilbao
Datuk Bandar Bilbao, Inaki Azkuna membidas Real Madrid kerana enggan menjadi tuan rumah untuk perlawanan akhir Copa antara Bilbao dan Barca.
Atletico Madrid
Pemain pertahanan, Alvaro Dominguez mengumumkan bahawa Atletico Madrid akan cuba menewaskan Besiktas kerana mereka teruja mengenai Liga Europa.
Barcelona
Pemain tengah Barcelona, Thiago Alcantara mungkin tidak dapat menentang Bayer Leverkusen di Camp Nou kerana masalah dengan tulang tibianya.
Espanyol
Joan Verdu mengaku bahawa pasukan Espanyol tidak cukup bagus ketika menentang Real Madrid dan beri amaran supaya mereka tidak mengulanginya.
Getafe
Pengurus Getafe, Luis Garcia mengumumkan bahawa matlamat baru mereka adalah memastikan status La Liga sebelum dua perlawanan terakhir musim ini.
Granada
Pengurus, Abel Resino menegaskan Granada sekurang-kurangnya patut seri dengan Valencia kerana mereka lebih bagus terutamanya pada babak kedua.
Levante
Xavi Torres jaringkan golnya yang kedua dalam La Liga untuk Levante menang di tempat sendiri buat kali ketujuh setelah menentang Real Betis.
Malaga
Malaga mengumumkan bahawa mereka akan menentang Djurgardens IF yang sedang menjelajah Sepanyol, dalam perlawanan persahabatan pada hari Selasa.
Osasuna
Pemin tengah Osasuna, Manuel Ortiz mengumumkan bahawa pasukannya akan cuba mencapai matlamat baru jika berjaya menewaskan Bilbao minggu ini.
Racing Santander
Racing berada di tempat ke-10 dalam carta Fairplay dengan 81 mata penalti setelah mengumpulkan 71 kad kuning dan 5 kad merah pada musim ini.
Rayo Vallecano
Pemain tengah Rayo, Michu yakin bahawa pasukannya kini mempunyai sebelah kaki di dalam La Liga, berikutan kemenangan mereka ke atas Racing.
Real Betis
Xavi Torres jaringkan golnya yang kedua dalam La Liga untuk Real Betis tewas di tempat lawan buat kali kesembilan setelah menentang Levante.
Real Madrid
Dua gol Gonzalo Higuain ketika bertemu Espanyol telah meletakkannya bersebelahan dengan Juanito sebagai penjaring ke-15 terbanyak Real Madrid.
Real Mallorca
Pengurus Mallorca, Joaquin Caparros anggap pemain Sevilla, Jose Reyes sebagai bakat tulen dan hanya Lionel Messi boleh menyaingi kebolehannya.
Real Sociedad
Pemain tengah Sociedad, David Zurutuza amat jelik dengan kekalahan kontroversi kepada Bilbao dan percaya mereka sepatutnya telah mendapat mata.
Real Zaragoza
Manolo Jimenez mengaku terpaksa menukar 3 orang pemain Zaragoza ketika bertemu Villarreal, tetapi ia juga telah mengubah situasi perlawanan itu.
Sevilla
Pengurus Mallorca, Joaquin Caparros anggap pemain Sevilla, Jose Reyes sebagai bakat tulen dan hanya Lionel Messi boleh menyaingi kebolehannya.
Sporting Gijon
Sporting Gijon berada di tempat ke-8 dalam carta Fairplay dengan 76 mata penalti setelah mengumpulkan 68 kad kuning dan 4 kad merah musim ini.
Valencia
Sebastian Giovinco yang dikongsi oleh Juventus dan Parma, mungkin memilih pihak ketiga dengan menyertai kelab Valencia pada musim panas nanti.
Villarreal
Jose Francisco Molina mengaku Villarreal gagal mempergunakan peluang pada babak pertama, tetapi kekalahan kepada Zaragoza adalah keterlaluan.
No comments:
Post a Comment