AC Milan
Pengurus AC Milan, Massimiliano Allegri mengaku England adalah destinasi pertamanya kemudian Sepanyol, bila tiba masanya keluar dari Rossoneri.
AS Roma
Genoa dikaitkan dengan pemain milik Roma, Marco Borriello yang bergelut untuk membuat impak ketika dipinjamkan kepada Juventus pada musim ini.
Atalanta
Pengurus Atalanta, Stefano Colantuono menerima keputusan dengan Parma dan menggariskan bahawa dia tidak puas hati dengan persembahan pengadil.
Bologna
Stefano Pioli mengaku Gaston Ramirez ditakdirkan untuk menyertai kelab besar, tetapi berharap dia akan kekal selama yang mungkin di Bologna.
Cagliari
Cagliari telah melantik Massimo Ficcadenti sebagai pengurus, selepas memecat Davide Ballardini yang dibawa masuk pada bulan November lalu.
Catania
Pengurus Catania, Vincenzo Montella mengaku pasukannya kurang cergas, tetapi masih berjaya menang dengan keazaman dan keinginan yang tinggi.
Cesena
Massimiliano Canzi percaya Cesena telah bermain dengan baik ketika menentang Siena, tetapi keputusan penalti telah mengubah arus perlawanan.
Chievo
Chievo berada di tempat ketiga dalam carta Fairplay dengan 58 mata penalti setelah mengumpulkan 56 kad kuning dan satu kad merah musim ini.
Fiorentina
Penjaring gol terbanyak Fiorentina, Stevan Jovetic dilapor tidak akan sempat pulih daripada kecederaan sebelum perlawanan menentang Juventus.
Genoa
Genoa dikaitkan dengan pemain milik Roma, Marco Borriello yang bergelut untuk membuat impak ketika dipinjamkan kepada Juventus pada musim ini.
Inter Milan
Dejan Stankovic menegaskan bahawa perlawanan menengang Marseille adalah perlawanan terbesar bagi Inter musim ini dan skuadnya yakin dapat mara.
Juventus
Pemain muda Man Utd, Paul Pogba menolak peluang berpindah ke Juventus setelah dia dilapor telah menandatangani kontrak baru di Old Trafford.
Lazio
Edy Reja mengaku Lazio perlukan keajaiban untuk kekal di tempat ketiga kerana isu kecederaan, penggantungan dan kelesuan yang melanda skuadnya.
Lecce
Serse Cosmi mengaku Lecce gagal melaksanakan arahannya ketika bertemu Milan dan beri amaran mereka perlu cepat-cepat keluar dari zon bahaya.
Napoli
Penolong pengurus Napoli, Nicolo Frustalupi beri amaran kepada pemainnya bahawa skuad Chelsea semakin bahaya selepas mereka bertukar pengurus.
Novara
Pengurus Novara, Attilio Tesser mengaku bahawa kelab itu tidak lagi melihat carta liga kerana mereka kini berada dalam situasi yang amat rumit.
Palermo
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini mengaku mahu cepat-cepat mengumpulkan 40 mata kerana dia mahu melihat pemain remaja mereka bermain pula.
Parma
Pengurus Parma, Roberto Donadoni puas hati seri dengan Atalanta kerana para pemainnya kelesuan selepas dua perlawanan yang berintensiti tinggi.
Siena
Berita buruk untuk pengurus Siena, Giuseppe Sannino kerana Emmanuele Calaio tidak lagi dapat bermain musim ini kerana tulang fibulanya retak.
Udinese
Pengurus Udinese, Francesco Guidolin berpendapat bahawa penglibatan skuadnya di Liga Europa telah menyumbang kepada kekalahan di tangan Novara.
No comments:
Post a Comment