Arsenal
Cesc Fabregas mengaku berkongsi kepedihan yang dirasai oleh Arsenal, tetapi yakin Arsene Wenger akan meletakkan kelab itu di tempatnya semula.
Aston Villa
Alex McLeish memuji pemain muda, Andreas Weimann yang menjaringkan gol kemenangan Aston Villa pada waktu kecederaan ketika menentang Fulham.
Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean gembira dengan reaksi pemainnya terhadap tekanan dan etika kerja mereka berikutan kemenangan ke atas Wovles.
Bolton
Pengurus, Owen Coyle masih menyokong penggunaan teknologi di garisan gol, walaupun Bolton mendapat manfaat selepas gol QPR tidak diberikan.
Chelsea
Roberto Di Matteo mengaku kemenangan Chelsea ke atas Stoke tidaklah menarik, tetapi dia puas hati mereka berjaya mendapatkan mata yang penting.
Everton
Pengurus, David Moyes berharap Everton mula mendapat momentum penting di peringkat penting musim ini, berikutan kemenangan ke atas Tottenham.
Fulham
Pengurus, Martin Jol mengaku kecewa setelah Villa menjaringkan gol di saat akhir, kerana berpendapat bahawa Fulham berhak mendapat satu mata.
Liverpool
Kenny Dalglish berpendapat bahawa satu detik yang bertuah telah menentukan perlawanan, berikutan kemenangan Sunderland ke atas skuad Liverpool.
Manchester City
Roberto Mancini percaya Manchester City perlu catatkan rekod baru dalam kutipan mata jika mahu mengatasi Man Utd dan menjuarai Liga Premier.
Manchester United
Penyerang, Dimitar Berbatov mengaku agak pedih hanya dapat memainkan peranan kecil dalam usaha Manchester Utd mengejar gelaran juara liga.
Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew enggan lepaskan impiannya untuk menamatkan musim ini di 6 tempat teratas, tetapi tidak akan kecewa jika gagal.
Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert mengaku bahawa pasukannya telah melepasi segala ekspektasi di dalam kempen pertama mereka di dalam Liga Premier.
Queens Park Rangers
Pengurus, Mark Hughes menegaskan bahawa dia amat kecewa dengan kegagalan pengadil melihat tandukan Clint Hill melepasi garisan gol Bolton.
Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis mengaku tindakan penyerang, Riccardo Fuller memijak Branislav Ivanovic dalam kekalahan di Chelsea adalah mengarut.
Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill berharap kecederaan yang dialami oleh Nicklas Bendtner ketika menewaskan Liverpool adalah tidak serius.
Swansea City
Penyerang, Danny Graham beri amaran kepada Man City bahawa Swansea tidak lagi sama seperti pasukan yang tewas 4-0 pada permulaan musim ini.
Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp tidak tahu mengapa pasukannya tewas kepada Everton, walaupun menguasai sepenuhnya babak kedua perlawanan.
West Brom
Pengurus, Roy Hodgson hanya akan membuka rundingan mengenai kontraknya di West Brom setelah memastikan kelab itu kekal dalam Liga Premier.
Wigan Athletic
Pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez percaya permainan Norwich yang sukar diramal telah menjadi punca kejayaan mereka pada musim ini.
Wolverhampton
Pengurus, Terry Connor menegaskan bahawa Wolves mempunyai kemampuan untuk mengelakkan penyingkiran walaupun selepas tewas kepada Blackburn.
No comments:
Post a Comment