Friday, March 30, 2012

Serie A

AC Milan
Pengurus Milan, Max Allegri menegaskan bahawa hubungannya dengan Silvio Berlusconi adalah baik, berikutan keputusan seri dengan Barcelona.

AS Roma
AS Roma dan Lazio dilapor akan bersaing untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Bayern Munich, Breno yang dianggarkan bernilai EUR5-6 juta.

Atalanta
Pengurus Atalanta, Stefano Colantuono mengaku ini adalah musim yang cemerlang bagi pasukannya, tetapi beri amaran mereka belum lagi selamat.

Bologna
Berita buruk untuk pengurus Bologna, Stefano Pioli kerana pemain, Mikael Antonsson tidak dapat beraksi selama 3 ke 4 minggu kerana cedera paha.

Cagliari
Cagliari tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Atalanta yang mahu menang di tempat lawan buat kali keempat.

Catania
Pengurus Catania, Vincenzo Montella meminta inspirasi daripada penyokong untuk membantu menewaskan Milan yang membelasah kelabnya di San Siro.

Cesena
Cesena mahu mengutip mata buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Lecce yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali kelapan.

Chievo
Chievo mahu mengutip mata buat kali ketiga berturut-turut bila menentang Fiorentina yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali kelima.

Fiorentina
Valon Behrami percaya Fiorentina ambil keputusan tepat untuk melepaskan direktor, Pantaleo Corvino yang tersilap percaturan pada bulan Januari.

Genoa
Genoa tidak mahu tewas buat kali kedua dari lima perlawanan bila menentang Inter yang mahu menang di tempat sendiri buat kali yang ketujuh.

Inter Milan
Inter berkata mereka agak bersetuju dengan cadangan pihak Milan untuk menggunakan padang hibrid - campuran antara rumput sebenar dan tiruan.

Juventus
Direktor Brescia, Andrea Iaconi mengesahkan bahawa kelab itu akan menjual penjaga gol muda, Nicola Leali kepada Juventus pada hujung musim ini.

Lazio
AS Roma dan Lazio dilapor akan bersaing untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Bayern Munich, Breno yang dianggarkan bernilai EUR5-6 juta.

Lecce
Lecce mahu mengutip mata buat kali ke-4 dari 5 perlawanan bila mereka menentang Cesena yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali ke-13.

Napoli
Chelsea dilapor mungkin cuba mengambil Edinson Cavani atau Ezequiel Lavezzi dari Napoli, sekiranya Fernando Torres dijual kepada kelab Rusia.

Novara
Novara mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila menentang Roma yang telah tiga kali tewas di tempat sendiri pada musim ini.

Palermo
Bortolo Mutti tidak bimbang mungkin menjadi pengurus terkini dipecat di Palermo dan berkata dia puas hati dengan kempen mereka setakat ini.

Parma
Parma mahu mengutip mata buat kali ke-4 dari 5 perlawanan bila mereka menentang Lazio yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang ke-8.

Siena
Agen Mattia Destro menegaskan bahawa pemain itu tidak berfikir mengenai masa depannya sehinggalah dia telah membantu Siena kekal dalam Serie A.

Udinese
Jose Mourinho dilapor akan membuat tawaran kepada Udinese untuk mengambil pemain serba boleh, Mauricio Isla dalam masa beberapa minggu lagi.

No comments:

Post a Comment