Sunday, March 18, 2012

EPL

Arsenal
Pemain pertahanan, Jan Vertonhen mengaku dia sanggup berpindah ke Arsenal sekiranya Gunners boleh mencapai persetujuan dengan Ajax Amsterdam.

Aston Villa
Aston Villa dilapor akan bersaing dengan Fiorentina untuk mendapatkan khidmat penyerang, Bas Dost yang terikat kepada Heerenveen sehingga 2015.

Blackburn
Pemain sayap, Junior Hoilett enggan membuat spekulasi mengenai masa depannya dan hanya fokus untuk membantu Blackburn mengelakkan penyingkiran.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle mengumumkan bahawa dia berharap Fabrice Muamba yang nyawanya berada di hujung tanduk akan terselamat akhirnya.

Chelsea
Roberto Di Matteo memuji persembahan Fernando Torres setelah dia menjaringkan dua gol untuk membantu Chelsea mara ke separuh akhir Piala FA.

Everton
Kapten Everton, Phil Neville menegaskan bahawa segala tekanan akan berada di atas bahu Sunderland bila mereka bertemu semula di dalam Piala FA.

Fulham
Pertahanan Fulham, Brede Hangeland menggesa pasukannya supaya bangun semula daripada kekalahan di tangan Swansea dengan menewaskan Man Utd.

Liverpool
Kenny Dalglish percaya perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Sunderland atau Everton tidak akan diadakan pada ulangtahun Hillsborough.

Manchester City
Roberto Mancini mengaku kesilapan yang dilakukan oleh Man City pada musim ini mengingatkannya kepada apa yang berlaku ketika dia masih bermain.

Manchester United
Pengurus Manchester Utd, Sir Alex Ferguson masih percaya bahawa juara Liga Premier hanya akan ditentukan pada hari terakhir kempen musim ini.

Newcastle United
Alan Pardew mengalukan kemenangan ke atas Norwich iaitu kemenangan pertama dari lima perlawanan dalam usaha Newcastle mencari tiket ke Eropah.

Norwich City
Paul Lambert memuji persembahan Norwich, tetapi kecewa pasukannya tumbang kepada gol awal yang dijaringkan oleh pemain Newcastle, Papiss Cisse.

Queens Park Rangers
Bobby Zamora dikatakan menyesal menyertai QPR dan mahu keluar, sementara West Ham pula dilapor berminat untuk mengambil semula penyerang itu.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis kecewa tersingkir daripada Piala FA, tetapi menggariskan kempen luar biasa yang telah dilalui oleh mereka musim ini.

Sunderland
Sunderland akan menentang Liverpool di dalam Piala FA sekiranya Black Cats berjaya menyingkirkan Everton di dalam pertemuan semula mereka.

Swansea City
Pertahanan Swansea, Steven Caulker mendedahkan bahawa dia mungkin mengalihkan kesetiaannya kepada Scotland jika England tidak memerlukannya.

Tottenham
Tottenham akan bertemu Chelsea di dalam Piala FA sekiranya skuad Harry Redknapp boleh tewaskan Bolton bila perlawanan mereka disambung semula.

West Brom
Pengurus, Roy Hodgson berkata dia telah merehat Marc-Antoine Fortune kerana penyerang itu keletihan dan prestasi Shane Long juga agak baik.

Wigan Athletic
Roberto Martinez percaya kegagalan Wigan Athletic untuk membina sebarang momentum telah menyebabkan mereka berada di dasar carta Liga Premier.

Wolverhampton
Pengurus Wolves, Terry Connor berpuas hati dengan cara pasukannya menentang Manchester United walaupun mereka tewas teruk di tempat sendiri.

No comments:

Post a Comment