Arsenal
Pengurus, Arsene Wenger tidak pasti sama ada Jack Wilshere akan kembali beraksi dalam masa terdekat, walaupun pemulihannya berjalan lancar.
Aston Villa
Pemain sayap Aston Villa, Charles N'Zogbia menegaskan bahawa dia tiada masalah dengan Alex McLeish setelah mengadakan pertemuan baru-baru ini.
Blackburn
Steve Kean percaya Junior Hoilett dan Yakubu boleh merobek sebarang pertahanan dalam liga setelah membantu Blackburn menewaskan Sunderland.
Bolton
Fabrice Muamba dilaporkan telah mula ketawa dan berjenaka dengan pemain Bolton yang melawatnya yang sedang menjalani pemulihan di hospital.
Chelsea
Napoli dilapor telah kenalpasti pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic sebagai sasaran musim panas, tetapi mereka belum menghubunginya.
Everton
Steve Round memuji dedikasi dan profesionalisma Sylvain Distin dan berharap pemain pertahanan itu akan menandatangani kontrak baru di Everton.
Fulham
Dickson Etuhu menafikan laporan yang mengatakan dia akan keluar dari Fulham pada hujung musim ini dan menegaskan bahawa dia gembira di situ.
Liverpool
Dirk Kuyt mahu kekal di Liverpool sehingga bersara, tetapi mengaku yang dia mungkin memilih untuk keluar jika tidak dapat bermain secara tetap.
Manchester City
Pengurus, Roberto Mancini mengagumi hasil kerja Roberto Di Matteo di Chelsea, tetapi harap Man City dapat menghentikan rekod kemenangan mereka.
Manchester United
Guizhou Renhe mengesahkan hasrat mereka untuk mengambil pemain Man Utd, Rio Ferdinand dan Frank Lampard dari Chelsea pada musim panas nanti.
Newcastle United
Pengurus, Alan Pardew memuji kekuatan mental Davide Santon setelah dia memainkan peranan penting dalam kemenangan Newcastle ke atas Norwich.
Norwich City
Russell Martin tidak mengendahkan spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan keluar dan mengaku gembira untuk kekal bersama Norwich City.
Queens Park Rangers
Mark Hughes mengesahkan bahawa Kieron Dyer mungkin masih mempunyai masa depan di QPR dan tidak sabar melihat dia beraksi di dalam pra-musim.
Stoke City
Matthew Etherington percaya Stoke layak menduduki 10 tempat teratas dan menggesa rakan sepasukannya untuk menamatkan musim ini dengan baik.
Sunderland
David Hoilett jaringkan golnya yang ke-6 dalam Liga Premier untuk Sunderland tewas di tempat lawan buat kali ke-8 setelah bertemu Blackburn.
Swansea City
Gary Monk percaya kedudukan Swansea di tempat ke-8 Liga Premier adalah suatu pencapaian besar, terutamanya dengan sumber mereka yang terhad.
Tottenham
Harry Redknapp memberitahu Tottenham supaya menewaskan Stoke untuk kembali ke atas landasan, selepas tewas dalam 3 perlawanan liga sebelum ini.
West Brom
Shane Long mahu memainkan peranan penting bersama West Brom sepanjang baki musim ini bagi memastikan dia bersedia untuk menyertai Euro 2012.
Wigan Athletic
Roberto Martinez arahkan Wigan supaya berhenti berasa simpati terhadap diri sendiri dan berhenti mencari alasan selepas seri dengan West Brom.
Wolverhampton
Wolves mengesahkan bahawa Jamie O'Hara yang mengalami masalah pangkal paha terpaksa melanjutkan program pemulihannya selama 4 minggu lagi.
No comments:
Post a Comment