AC Milan
Berita buruk untuk AC Milan kerana penyerang, Filippo Inzaghi tidak dapat beraksi selama dua ke tiga minggu setelah mengalami kecederaan paha.
AS Roma
Direktor Roma, Walter Sabatini mendedahkan bahawa Giallorossi akan cuba mendapatkan dua atau tiga pemain berkualiti tinggi pada musim panas.
Atalanta
Pemain tengah Atalanta, Guido Marilungo telah berjaya menjalani pembedahan ligamen yang telah menamatkan penglibatannya dalam kempen musim ini.
Bologna
Bologna tewaskan S.Piero Terme 7-1 dalam pertemuan persahabatan setelah Belfodil, Acquafresca, Diamanti, Kone, Perez dan Di Vaio jaringkan gol.
Cagliari
Cagliari dan bekas pengurus mereka, Davide Ballardini kini terlibat dalam kes perundangan mengenai isu teknikal pemecatannya 10 hari lalu.
Catania
Presiden Catania, Antonino Pulvirenti akui dia mengagumi penyerang Napoli, Eduardo Vargas dan tidak menolak kemungkinan akan cuba meminjamnya.
Cesena
Cesena mengesahkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak Marco Giampaolo dan menjimatkan EUR1 juta duit kelab itu.
Chievo
Penjaga gol veteran, Stefano Sorrentino mengumumkan bahawa dia rela menandatangani kontrak sehingga 2019 jika Chievo sanggup menawarkan kepadanya.
Fiorentina
Fiorentina mungkin sekali lagi akan cuba membeli Fabio Quagliarella setelah penyerang itu disahkan akan keluar dari Juventus pada musim panas.
Genoa
Penyerang, Alberto Gilardino beri amaran kepada Genoa supaya berwaspada dengan Fiorentina yang mempunyai skuad berkualiti dan berpengalaman.
Inter Milan
Direktor sukan Inter Milan, Marco Branca mengesahkan bahawa pemain tengah Udinese, Mauricio Isla adalah sasaran mereka pada musim panas nanti.
Juventus
Fabio Quagliarella disahkan akan keluar dari Juventus pada hujung musim ini setelah jarang diberi peluang beraksi oleh pengurus, Antonio Conte.
Lazio
Lazio mungkin membuat tawaran untuk Fabio Quagliarella setelah penyerang itu disahkan akan keluar dari Juventus pada hujung musim ini nanti.
Lecce
Penaung Lecce, Giovanni Semeraro yakin pasukannya boleh menunjukkan persembahan terbaik dan mendapatkan mata dalam perlawanan menentang Novara.
Napoli
Presiden Catania, Antonino Pulvirenti akui dia mengagumi penyerang Napoli, Eduardo Vargas dan tidak menolak kemungkinan akan cuba meminjamnya.
Novara
Penyerang Novara, Andrea Caracciolo menegaskan bahawa mereka tidak puas hati berada di dasar liga dan akan berjuang sehingga ke hari terakhir.
Palermo
Palermo mendedahkan bahawa Inter mempunyai hak menebus Emiliano Viviano pada hujung musim ini dan mengawal sepenuhnya masa depan pemain itu.
Parma
Presiden Parma, Tommaso Ghirardi menafikan bahawa kontrak baru telah ditawarkan kepada Pietro Leonardi yang masih terikat selama 2 tahun lagi.
Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino kini mengalihkan perhatiannya kepada usaha kekal di dalam Serie A setelah tersingkir daripada Coppa Italia.
Udinese
Direktor sukan Inter Milan, Marco Branca mengesahkan bahawa pemain tengah Udinese, Mauricio Isla adalah sasaran mereka pada musim panas nanti.
No comments:
Post a Comment