Thursday, March 22, 2012

EPL

Arsenal
Mikel Arteta menegaskan bahawa tiada sesiapa pun mahu pengurus, Arsene Wenger untuk keluar ketika Arsenal menghadapi krisis awal musim ini.

Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish berkata Charles N'Zogbia belum mencapai tahap terbaiknya dan dia tiada masalah dengan pemain sayap itu.

Blackburn
Penjaga gol, Paul Robinson percaya keputusan meninggalkan skuad England telah beri manfaat kepadanya dan dia enggan keluar dari persaraannya.

Bolton
Owen Coyle mengaku Bolton akan menghadapi kesukaran untuk fokus pada permainan bila mereka menentang saingan mereka di dasar liga, Blackburn.

Chelsea
Pemain Senegal, Demba Ba meremehkan laporan yang mengaitkannya dengan revolusi baru di Chelsea dan menegaskan bahawa dia gembira di Newcastle.

Everton
Pemain Everton, Sylvain Distin mengagumi Swansea kerana enggan mengubah cara permainan dan berkata mereka mengingatkannya kepada Blackpool.

Fulham
Martin Jol yakin Pavel Pogrebnyak akan kekal di Fulham pada musim panas, sementara dia juga mahu Clint Dempsey menandatangani kontrak baru.

Liverpool
Luis Suarez telah meminta maaf kepada penyokong Liverpool dan berkata pasukannya amat kecewa berikutan kekalahan kepada Queens Park Rangers.

Manchester City
Roberto Mancini mahu kembali ke puncak carta setelah kemenangan ke atas Chelsea meletakkan Man City hanya satu mata di belakang pendahulu liga.

Manchester United
Pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand percaya rahsia kepada kejayaan mereka adalah pengalaman dan keghairahan Sir Alex Ferguson.

Newcastle United
Pemain Senegal, Demba Ba meremehkan laporan yang mengaitkannya dengan revolusi baru di Chelsea dan menegaskan bahawa dia gembira di Newcastle.

Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert dilapor tidak akan menawarkan kontrak baru kepada bekas pemain Coventy, Elliott Ward pada musim panas nanti.

Queens Park Rangers
Joey Barton mengaku aksinya ketika bertemu Liverpool adalah yang paling teruk dalam kerjayanya, tetapi dia membidas penonton yang mencemuhnya.

Stoke City
Tony Pulis puas hati dengan persembahan skuad Stoke ketika menentang Tottenham, walaupun pasukannya melepaskan gol penyamaan pada minit ke-93.

Sunderland
David Vaughan berkata Sunderland terdesak untuk menebus kekalahan mereka kepada Blackburn setelah melihat kemarahan pengurus, Martin O'Neill.

Swansea City
Pengurus, Brendan Rodgers berkata Swansea masih belum membuka rundingan dengan Hoffenheim mengenai pembelian kontrak hakmilik Gylfi Sigurdsson.

Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp yakin pasukannya boleh menamatkan musim ini di empat tempat teratas, tetapi mengaku persaingan amat sengit.

West Brom
Ketua bahagian perubatan West Brom, Mark Gillett percaya reaksi pantas pihak perubatan telah menyelamatkan nyawa Fabrice Muamba minggu lalu.

Wigan Athletic
Pengurus, Roberto Martinez menegaskan bahawa dia tidak perlu mengubah cara Wigan bermain, tetapi skuadnya perlu bermain dengan lebih konsisten.

Wolverhampton
Berita buruk untuk pengurus Wolves, Terry Connor kerana pemain tengah, David Davis tidak dapat beraksi selama tiga minggu kerana masalah rusuk.

No comments:

Post a Comment