Arsenal
Pemain pertahanan Ajax, Jan Vertonghen membayangkan bahawa Arsenal adalah pilihannya setelah mengaku dia sanggup ke sana pada musim panas.
Aston Villa
Stephen Warnock kagum dengan pemain muda Aston Villa, tetapi berpendapat kelab itu tidak boleh meletakkan tekanan besar ke atas bahu mereka.
Blackburn
Penjaga gol, Paul Robinson menggesa Blackburn meneruskan momentum hasil kemenangan ke atas Wolves bila menentang Sunderland dan Bolton pula.
Bolton
Pertahanan Bolton, David Wheater berharap pasukannya boleh mendapat manfaat daripada jadual yang lebih mudah berbanding pesaing utama mereka.
Chelsea
Juan Mata berkata Andre Villas-Boas mungkin telah dipecat kerana cuba mengubah Chelsea dengan terlalu cepat dan bukannya kerana kuasa pemain.
Everton
Steven Gerrard jaringkan golnya yang kelima dalam Liga Premier untuk Everton tewas di tempat lawan buat kali keenam setelah bertemu Liverpool.
Fulham
Pemain Fulham, Zdenek Grygera mengesahkan bahawa dia tidak lagi boleh bermain musim ini, tetapi yakin dia boleh beraksi pada musim hadapan.
Liverpool
Steven Gerrard jaringkan golnya yang ke-5 dalam Liga Premier untuk Liverpool menang di tempat sendiri buat kali ke-5 setelah bertemu Everton.
Manchester City
Pengurus Barcelona, Pep Guardiola sedang menyediakan tawaran bernilai GBP12 juta untuk pemain pertahanan Manchester City, Aleksandar Kolarov.
Manchester United
Pemain Lille dan Belgium, Eden Hazard membayangkan bahawa dia akan berpindah menyertai Manchester United setelah memuji-muji Sir Alex Ferguson.
Newcastle United
Pemain tengah Newcastels, Hatem Ben Arfa berpendapat adalah penting untuk pasukannya melupakan pergaduhan antara Robin van Persie dan Tim Krul.
Norwich City
Pemain Norwich, Tom Adeyemi akan kekal bersama Oldham Athletic sehingga 9 April setelah membuat 36 kemunculan untuk kelab itu pada musim ini.
Queens Park Rangers
Ian Wright percaya anaknya, Shaun Wright-Phillips serta QPR akan turun divisi dan adalah bertuah jika mampu mengutip mata dalam baki musim ini.
Stoke City
Penjaga gol Stoke, Asmir Begovic dijangka perlu beri laluan kepada Thomas Sorensen di dalam perlawanan suku akhir Piala FA menentang Liverpool.
Sunderland
Wayne Bridge mengaku dia kagum dengan pengurus Sunderland, Martin O'Neill yang bersikap amat positif serta tidak bimbang mengenai kesilapan.
Swansea City
Garry Monk menegaskan bahawa pasukan Swansea tidak akan berpuas hati sekadar memastikan status mereka di dalam Liga Premier pada musim ini.
Tottenham
Rafael van der Vaart mahu membantu Tottenham menewaskan Bolton di suku akhir Piala FA kerana mahu merealisasikan impiannya bermain di Wembley.
West Brom
Jurulatih penjaga gol West Brom, Dean Kiely mengaku bahawa tiada jaminan yang Ben Foster akan menjadi milik kelabnya pada musim panas nanti.
Wigan Athletic
Pemain skuad U20 Gambia, Alieu Darbo mendakwa yang dia sudah hampir menandatangani kontrak dengan Wigan setelah menolak peluang ke Sunderland.
Wolverhampton
Pengurus Wolves, Terry Connor berpendapat bahawa pemain tengah, Karl Henry mungkin tidak sempat pulih sebelum perlawanan menentang Man Utd.
No comments:
Post a Comment