Sunday, March 11, 2012

EPL

Arsenal
Manchester City dilapor telah mencapai persetujuan dengan bintang Arsenal, Robin van Persie mengenai gajinya sebanyak GBP10.9 juta setahun.

Aston Villa
Pemain muda Aston Villa, Andreas Weimann berharap akan diberikan lebih banya peluang setelah menjaringkan gol pertamanya untuk skuad senior.

Blackburn
Pemain tengah, Boudewijn Zenden nafikan yang dia telah bersetuju untuk menyertai Blackburn kerana masih pertimbangkan tawaran dari kelab lain.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle yakin kelab itu mempunyai masa depannya yang cerah sejikanya mereka boleh mengelakkan penyingkiran pada musim ini.

Chelsea
Juan Mata berkata Chelsea yakin mereka boleh menyingkirkan Napoli kerana pasukannya mempunyai rekod baik di tempat sendiri di peringkat Eropah.

Everton
Pemain tengah Everton, Leon Osman percaya pemain Croatia, Nikica Jelavic mampu membekalkan gol yang amat diperlukan oleh pasukannya musim ini.

Fulham
Laporan mengatakan Fulham berminat dengan pemain sayap Bayer Leverkusen, Tranquillo Barnetta yang akan tamat kontrak pada musim panas nanti.

Liverpool
Pemain Liverpool, Stewart Downing percaya pasukannya masih boleh berjaya dalam musim ini dan mahu pengkritik berhenti mensasarkan pasukannya.

Manchester City
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini masih yakin pasukannya boleh menjuarai Liga Premier, walaupun selepas mereka dikejutkan oleh Swansea.

Manchester United
Pemain Manchester United, Ashley Young gembira dengan kemenangan ke atas West Brom dan percaya pasukannya boleh menjaringkan lebih banyak gol.

Newcastle United
Shola Ameobi mengaku dia tidak sangka Newcastle akan merebut tempat ke Eropah dalam jangka masa singkat selepas kembali ke dalam Liga Premier.

Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert percaya mereka berjaya menyelamatkan satu mata, setelah mengaku pasukannya hampir-hampir tewas kepada Wigan.

Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Mark Hughes serta beberapa orang pemain terlibat dalam pertengkaran dengan penyokong selepas tewas kepada Bolton.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis akan buat keputusan mengenai masa depan Ricardo Fuller dan Jonathan Woodgate bila dia bertemu dengan Peter Coates.

Sunderland
Sebastian Larsson menegaskan bahawa skuad Sunderland tahu apa yang mereka perlu lakukan dan telah belajar dari kekalahan 4-0 kepada West Brom.

Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers telah melabelkan kemenangan pasukannya ke atas Manchester City sebgai persembahan terbaik mereka musim ini.

Tottenham
William Gallas mengaku Tottenham kini berdepan dengan masalah, tetapi yakin mereka akan menamatkan musim ini di hadapan Arsenal dan Chelsea.

West Brom
Roy Hodgson enggan menyalahkan pemain West Brom berikutan kekalahan kepada Man Utd dan mengalukan Wayne Rooney sebagai pemain bertaraf dunia.

Wigan Athletic
Selepas seri dengan Norwich, Gary Caldwell mendakwa bahawa keseluruhan pasukan Wigan masih percaya yang mereka boleh mengelakkan penyingkiran.

Wolverhampton
Terry Connor tidak yakin jurulatih lain mampu untuk melakukan tugas yang lebih baik di Wolves berbanding rekodnya sejak dia menjadi pengurus.

No comments:

Post a Comment