Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata Jack Wilshere membuat kemajuan yang baik dalam pemulihan dan mungkin boleh sebelum musim ini tamat.
Aston Villa
Alex McLeish percaya pemain Villa akan cuba menewaskan Chelsea untuk kapten, Stiliyan Petrov yang telah didiagnos mengidapi leukimia akut.
Blackburn
Steven Kean telah menafikan laporan mengenai ketibaan Andre-Pierre Gignac kerana dia hanya fokus pada usaha Blackburn mengelakkan penyingkiran.
Bolton
Pengurus, Owen Coyle percaya kemenangan ke atas Wolves di dalam Liga Premier mungkin menjadi kunci kepada Bolton mengelakkan penyingkiran.
Chelsea
Chelsea dilapor mungkin cuba mengambil Edinson Cavani atau Ezequiel Lavezzi dari Napoli, sekiranya Fernando Torres dijual kepada kelab Rusia.
Everton
David Moyes mengaku dia kesal tidak merehatkan lebih ramai pemain ketika menentang Liverpool, bagi membantu kempen Everton di dalam Piala FA.
Fulham
Martin Jol telah melupakan kekalahan tipis dan kontroversial Fulham kepada Man Utd dan menggesa para pemainnya melakukan perkara yang sama.
Liverpool
Kenny Dalglish yakin Liverpool akan mencapai kejayaan dalam jangka masa panjang dan kesal media sosial menggalakkan ekspektasi jangka pendek.
Manchester City
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho nafikan laporan yang dia telah mencapai persetujuan untuk menyertai Manchester City pada hujung musim ini.
Manchester United
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson sedang cuba mengenalpasti sama ada pihak Man City sedang cuba mencetuskan perang mulut dengannya.
Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew mengaku dia mahu melayakkan diri ke Eropah atau membawa pulang piala ke St James' Park dalam masa 3 tahun ini.
Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert menggariskan yang dia percaya mereka belum selamat dari penyingkiran sehinggalah disahkan dari segi kiraan mata.
Queens Park Rangers
Pengurus QPR, Mark Hughes berkata pasukannya perlu bangun menghadapi cabaran mengelakkan penyingkiran menjelang jadual perlawanan yang sukar.
Stoke City
Pengurus, Tony Pulis berharap dapat mengatasi badi sering dihadapi oleh Stoke setiap kali mereka menentang pasukan Wigan beberapa tahun ini.
Sunderland
Martin O'Neill berkata Sunderland perlu berjuang merebut 10 tempat teratas setiap tahun kerana mereka tidak mampu memilikinya secara automatik.
Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers telah melabelkan spekulasi mengaitkannya dengan Tottenham Hotspur sebagai tidak menghormati Harry Redknapp.
Tottenham
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers telah melabelkan spekulasi mengaitkannya dengan Tottenham Hotspur sebagai tidak menghormati Harry Redknapp.
West Brom
Roy Hodgson berkata laporan yang mengaitkan West Brom dengan dua pemain Rangers, Allan McGregor dan Steven Naismith sebagai tidak berasas.
Wigan Athletic
Pengurus Wigan, Roberto Martinez gembira setelah pemain tengah Wigan, Jordi Gomez menandatangani kontrak dua tahun yang baru di Stadium DW.
Wolverhampton
Terry Connor menegaskan bahawa kejayaan Wolves mengelakkan penyingkiran pada tahun-tahun sebelum ini akan membantu tugas mereka pada kali ini.
No comments:
Post a Comment