Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak akan membenarkan pemainnya bersikap sambil lewa walaupun jadual perlawanan mereka kelihatan agak mudah.
Aston Villa
Pemain muda Aston Villa, Daniel Johnson menandatangani kontrak baru untuk kekal di situ sehingga 2013 setelah membuat kemajuan pada musim ini.
Blackburn
Steve Kean berkata Ruben Rochina dan Vukcevic masih diperlukan, tetapi tidak dapat beraksi kerana prestasi baik pemain Blackburn yang lain.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle berharap Gareth Bale tidak dapat beraksi dengan baik bila Bolton berkunjung ke Tottenham dalam suku akhir Piala FA.
Chelsea
Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo tiada masalah dengan John Terry atau pemain senior yang lain membantu memberikan arahan dari tepi padang.
Everton
Pengurus Everton, David Moyes tidak menyesal memilih skuad yang tewas kepada Liverpool dan akan tidak akan berhenti menggilirkan pemainnya.
Fulham
Pemain remaja Fulham, Kerim Frei telah melanjutkan kontraknya untuk kekal di kelab itu sehingga 2015 setelah membuat 16 kemunculan musim ini.
Liverpool
Penyerang Liverpool, Dirk Kuyt mengaku puas hati dengan kemajuan mereka pada musim ini dan gembira dengan tahap kualiti di dalam pasukannya.
Manchester City
Roberto Mancini sangat yakin Manchester City boleh menjuarai Liga Premier, berikutan kebangkitan yang ditunjukkan ketika menentang Sporting.
Manchester United
Sir Alex Ferguson berkata Manchester United tidak akan mengambil ringan skuad Wolves, dalam usaha mereka menjarakkan diri di puncak carta.
Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew mahu menang 5 daripada baki 10 perlawanan Liga Premier bagi memastikan mereka ke Eropah pada musim hadapan.
Norwich City
Pengurus Norwich City, Paul Lambert mensasarkan angka 40 mata dan berharap ia akan cukup untuk mengekalkan kelab itu di dalam Liga Premier.
Queens Park Rangers
Pemain tengah, Joey Barton berkata QPR perlu melupakan tentang gol Clint Hill yang tidak diberikan ketika mereka menentang Bolton minggu lalu.
Stoke City
Stoke City, Wigan, Wolves dan West Ham dilapor sedang mengikuti perkembangan Claude Dielna yang ketika ini bermain untuk kelab Ligue 2, Istres.
Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill masih marah tentang Piala FA yang terlepas 38 tahun lalu, menjelang pertemuan suku akhir menentang Everton.
Swansea City
Steven Caulker percaya kemenangan ke atas Manchester City dapat mendorong Swansea untuk mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut di Fulham.
Tottenham
Harry Redknapp tidak bimbang mengenai kemerosotan prestasi Tottenham dan yakin Spurs akan bermain dalam Liga Juara-juara pada musim hadapan.
West Brom
Kapten West Brom, Chris Brunt percaya persaingan merebut posisi tengah di dalam skuad Baggies hanya akan memanfaatkan kelab itu musim ini.
Wigan Athletic
Wigan, Wolves, West Ham dan Stoke dilapor sedang mengikuti perkembangan Claude Dielna yang ketika ini bermain untuk kelab Ligue 2, Istres.
Wolverhampton
Wolves, Wigan, West Ham dan Stoke dilapor sedang mengikuti perkembangan Claude Dielna yang ketika ini bermain untuk kelab Ligue 2, Istres.
No comments:
Post a Comment