Athletic Bilbao
Athletic Bilbao mara ke suku akhir setelah Oscar De Marcos jaringkan golnya yang ketiga dalam Liga Europa untuk menyingkirkan Manchester Utd.
Atletico Madrid
Atletico Madrid mara ke peringkat suku akhir setelah Adrian Lopez jaringkan golnya yang ke-7 dalam Liga Europa untuk menyingkirkan Besiktas.
Barcelona
Kerjaya bolasepak Eric Abidal kini samar setelah Barcelona mengumumkan bahawa pemain kebangsaan Perancis itu perlu menjalani pemindahan hati.
Espanyol
Pemain Espanyol, Hector Moreno percaya perlawanan menentang Racing, Betis dan Malaga tidak akan menentukan sama ada mereka boleh ke Eropah.
Getafe
Luis Garcia mahu Getafe menggunakan perlawanan menentang Sociedad bagi mengesahkan kebangkitan mereka dan kembali menduduki 10 tempat teratas.
Granada
Penyerang Granada, Franco Jara mempunyai rekod disiplin paling teruk di dalam skuadnya dengan 10 kad kuning selepas membuat 20 kemunculan.
Levante
Pedro Lopez mengaku dia terkejut melihat Villarreal bergelut di bawah liga, tetapi percaya skuad Levante masih perlu bekerja keras minggu ini.
Malaga
Santi Cazorla teruja dengan peningkatan kedudukan Malaga di dalam La Liga dan yakin pasukannya mampu melakukan kejutan terhadap Real Madrid.
Osasuna
Sergio Fernandez sedar yang Zaragoza amat terdesak dan pasti sukar ditewaskan, tetapi menegaskan bahawa Osasuna hanya fokus pada diri sendiri.
Racing Santander
Pengurus Racing, Alvaro Cervera masih berani membuat perubahan pada skuadnya, walaupun segalanya tidak menjadi ketika menentang Barcelona.
Rayo Vallecano
Pemain tengah, Jose Maria Movilla mengaku Rayo belum tawarkan kontrak baru kepadanya, tetapi dia juga sedang pertimbangkan tawaran kelab lain.
Real Betis
Pemain tengah Betis, Salva Sevilla waspada untuk menentang Rayo yang kini bermain dengan baik dan mampu menjaringkan gol pada bila-bila masa.
Real Madrid
Nuri Sahin diramal akan keluar dari Real Madrid pada musim panas, dan Hans-Joachim Watze percaya dia tidak sepatutnya keluar dari Dortmund.
Real Mallorca
Emilio Nsue mengaku kini dia gembira setelah kembali beraksi dan percaya dua bulan di bangku Real Mallorca telah menguatkan lagi semangatnya.
Real Sociedad
Penyerang Real Sociedad, Diego Ifran menegaskan bahawa dia akan keluar pada musim panas nanti jika Philippe Montanier kekal sebagai pengurus.
Real Zaragoza
Javier Parades sedar Osasuna akan cuba memastikan Real Zaragoza tersingkir dari La Liga, tetapi berjanji skuadnya akan berjuang untuk menang.
Sevilla
Ivan Rakitic mendakwa kritikan presiden, Del Nido hanya akan meningkatkan semangat Sevilla untuk bermain dengan baik dan mencari tiket Eropah.
Sporting Gijon
Pemain tengah Sporting Gijon, Sebastian Eguren percaya perlawanan menentang pesaing utama, Granada sebenarnya bernilai 7 mata bagi Rojiblancos.
Valencia
Valencia mara ke suku akhir setelah Adil Rami menjaringkan golnya yang pertama dalam Liga Europa untuk menyingkirkan pasukan PSV Eindhoven.
Villarreal
Marco Ruben mengaku Villarreal tidak biasa bergelut di dasar liga, tetapi pasukannya hanya beri tumpuan terhadap 12 perlawanan akan datang.
No comments:
Post a Comment