Arsenal
Lagenda Arsenal, Thierry Henry ramal pemain muda Gunners, Alex Oxlade-Chamberlain akan mempunyai kerjaya yang panjang dan gemilang di Emirates.
Aston Villa
Barry Bannan berkata pemain Aston Villa akan menerima pemain skuad Australia, Brett Holman dengan tangan yang terbuka pada musim panas nanti.
Blackburn
Pengurus, Steve Kean berharap Junior Hoilett akan kekal di Blackburn dan memainkan peranan penting dalam skuadnya untuk beberapa tahun lagi.
Bolton
Pemain pertahanan Bolton, Marcos Alonso kini bersedia untuk kembali beraksi bersama skuad utama setelah hampir 3 bulan menjalani pemulihan.
Chelsea
Chelsea mara ke suku akhir setelah John Terry jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara musim ini untuk menyingkirkan kelab Napoli.
Everton
Pemain pertahanan Everton, Phil Jagielka berkata kekalahan dalam derbi Merseyside telah meningkatkan tekanan menjelang suku akhir Piala FA.
Fulham
Pemain pertahanan Fulham, Aaron Hughes mengumumkan bahawa dia sudah bersedia untuk turun menentang Swansea setelah tercedera pada minggu lalu.
Liverpool
Martin Kelly menegaskan bahawa Liverpool masih mampu merebut tempat keempat Liga Premier setelah mengelakkan kekalahan keempat berturut-turut.
Manchester City
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini mengesahkan bahawa penyerang kontroversi, Carlos Tevez mungkin kembali beraksi pada minggu hadapan.
Manchester United
Manchester United dilapor akan menawarkan EUR23 juta kepada pihak Ajax untuk bintang muda dari Denmark, Christian Eriksen dan Victor Fischer.
Newcastle United
Hatem Ben Arfa berazam menyertai skuad Euro 2012 Perancis dengan menunjukkan persembahan cemerlang untuk Newcastle sepanjang baki musim ini.
Norwich City
Norwich beri amaran kepada kelab Liga Premier yang lain supaya jangan mendekati Paul Lambert kerana bimbang mereka akan mencuri pengurus itu.
Queens Park Rangers
Penolong pengurus QPR, Mark Bowen yakin pasukannya boleh mengelakkan penyingkiran kerana mereka banyak mencipta peluang di dalam perlawanan.
Stoke City
Penyerang, Jonathan Walters mengaku dia mahu menamatkan kempen terbaiknya di Stoke City dengan menandatangani kontrak jangka panjang di situ.
Sunderland
Berita baik untuk pengurus Sunderland, Martin O'Neill kerana Nicklas Bendtner mungkin sempat pulih sebelum perlawanan suku akhir Piala FA.
Swansea City
Swansea City akan diberi pilihan untuk melayakkan diri ke Eropah melalui Piala Welsh, akan tetapi mereka perlu menarik diri daripada Piala FA.
Tottenham
Gareth Bale yakin Tottenham boleh melupakan kemerosotan prestasi di dalam Liga Premier bila menentang Bolton dalam suku akhir Piala FA nanti.
West Brom
West Brom mendapat berita baik bahawa Billy Jones dan Jerome Thomas mungkin boleh membuat kemunculan semula dalam perlawanan hujung minggu ini.
Wigan Athletic
Pemain pertahanan Wigan, Gary Caldwell mahu melupakan carta liga kerana percaya pasukannya perlu fokus pada usaha mencari keputusan yang baik.
Wolverhampton
Pengurus Wolves, Terry Connor nafikan laporan yang dia akan meletakkan jawatan dan berkata Roger Johnson tidak akan keluar dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment