Arsenal
Agen Luis Fernando Muriel menolak kemungkinan penyerang Lecce itu menyertai Arsenal pada musim panas dan berkata ia hanyalah khabar angin.
Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish mungkin berikan peluang kepada Eric Lichaj dan Andreas Wiemann dalam perlawanan menentang Chelsea nanti.
Blackburn
Penjaga gol Blackburn, Paul Robinson gesa pasukannya membina semula momentum dan kekalkan kelebihan mereka ke atas tiga pasukan tercorot liga.
Bolton
Owen Coyle gesa Bolton supaya fokus pada perlawanan menentang Wigan yang bernilai 6 mata dan membina momentum daripada kejayaan minggu lalu.
Chelsea
Chelsea dilapor telah membuka semula rundingan dengan Porto untuk Hulk, akan tetapi masih tidak sanggup membayar yurannya sebanyak EUR100 juta.
Everton
Leighton Baines yakin Everton akan beraksi dengan lebih baik bila menentang Liverpool dalam Piala FA berbanding pertemuan mereka sebelum ini.
Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol memanggil pulang Alex Kacanaklic daripada Watford dan mungkin menurunkannya dalam perlawanan menentang Norwich.
Liverpool
Pemain pertahanan, Jose Enrique percaya pemain dan bukannya pengurus, Kenny Dalglish yang perlu dipersalahkan di atas rekod buruk Liverpool.
Manchester City
Rafael Benitez menasihati pengurus Manchester City, Roberto Mancini supaya jangan memulakan perang mental dalam usaha menjuarai Liga Premier.
Manchester United
Pemain Manchester Utd, Rio Ferndinand tidak kisah dengan apa yang dilakukan oleh City dalam persaingan mereka untuk menjuarai Liga Premier.
Newcastle United
Berita buruk untuk Newcastle setelah mendapat tahu bahawa Fabricio Coloccini tidak dapat menentang Liverpool dan Swansea kerana masalah paha.
Norwich City
Ryann Bennett mengetengahkan namanya untuk skuad utama Norwich setelah menjaringkan gol dalam kemunculan pertamanya bersama skuad simpanan.
Queens Park Rangers
Penyerang QPR, Federico Macheda telah kembali ke kelab induknya, Man Utd dan dijangka tidak lagi dapat beraksi pada musim ini kerana cedera.
Stoke City
Pemain Stoke, Jonathan Woodgate mendakwa bahawa tahap bolasepak dalam Liga Premier mula merosot, akan tetapi dia memuji permainan Swansea.
Sunderland
Lee Cattermole mengaku Sunderland tidak cukup bagus ketika tewas dalam suku akhir Piala FA, tetapi berazam bangun semula hujung minggu ini.
Swansea City
Neil Taylor berpendapat bahawa Swansea sedang meningkat naik dan adalah tidak masuk akal untuk sesiapapun berhasrat meninggalkan kelab itu.
Tottenham
Louis Saha beri amaran kepada Arsenal bahawa Tottenham masih mampu menyaingi prestasi mereka dan merampas tempat ketiga dalam Liga Premier.
West Brom
Graham Dorrans bakal kembali menjalani latihan dan mungkin sempat pulih dari cedera serta menyertai skuad West Brom yang akan hadapi Everton.
Wigan Athletic
Wigan Athletic sedang menanti berita mengenai kecergasan Mohamed Diame dan Hugo Rodallega menjelang perlawanan menentang Stoke di Stadium DW.
Wolverhampton
Terry Connor yakin bahawa setiap seorang pemain Wolves bersemangat untuk berjuang mengelakkan penyingkiran daripada Liga Premier musim ini.
No comments:
Post a Comment