AC Milan
AC Milan dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Belanda, Khalid Boulahrouz yang ketika ini terikat kepada Stuttgart.
AS Roma
Kapten, Francesco Totti akan kembali ke dalam skuad Roma pada hujung minggu ini bila mereka bertemu Milan, setelah pulih daripada masalah paha.
Atalanta
Berita buruk untuk pengurus Atalanta, Stefano Colantuono kerana German Denis tidak dapat beraksi selama 3 minggu kerana masalah kejang otot.
Bologna
Pemain tengah Bologna, Panagiotis Kone berazam untuk memperbaiki prestasinya, setelah kehilangan posisi kegemarannya akibat perubahan taktik.
Cagliari
Laporan mengatakan bahawa Cagliari mensasarkan penyerang Sporting Lisbon, Bruno Pereirinha yang terikat kepada kelab itu sehingga tahun 2013.
Catania
Presiden, Antonino Pulvirenti yakin Catania tidak akan kehilangan pengurus, Vincenzo Montella kepada kelab lebih besar pada hujung musim ini.
Cesena
Pengurus Cesena, Mario Beretta mungkin tidak dapat menurunkan Von Bergen serta Parolo setelah kedua-duanya cedera ketika menjalani latihan.
Chievo
Bintang Chievo, Alberto Paloschi gembira berjaya mencari keseimbangan dalam formasi skuadnya dan mengaku tidak bimbang mengenai jumlah golnya.
Fiorentina
Pemain tengah, Juan Manuel Vargas mengaku bahawa Fiorentina berada dalam kesukaran dan mereka hanya boleh bekerja keras untuk mengatasinya.
Genoa
Genoa dilapor sanggup menawarkan EUR4 juta kepada Sporting Braga untuk mendapatkan khidmat pemain tengah, Hugo Viana pada musim panas nanti.
Inter Milan
Inter Milan dijangka tidak akan menurukan pemain tengah, Wesley Sneijder ketika menentang Juventus, walaupun dia sudah pulih dari masalah paha.
Juventus
Pemain pertahanan Juventus, Paolo De Ceglie gembira berjaya memenuhi impiannya, selepas menandatangani kontrak jangka panjang sehingga 2017.
Lazio
Lazio sedang mempertimbangkan tawaran untuk penyerang Mainz, Mario Gavranovic yang dianggarkan bernilai EUR2 juta oleh kelab induknya, Schalke.
Lecce
Pemain tengah, Guillermo Giacomazzi mengaku bahawa Lecce kini harus memastikan mereka menang ke atas Novara, berikutan keputusan minggu lalu.
Napoli
Napoli akan bertemu Juventus dalam perlawanan akhir Coppa Italia setelah berjaya menyingkirkan Siena hasil gol sendiri dan gol jaringan Cavani.
Novara
Pengurus kelab Novara, Attilio Tesser masih menanti maklumat mengenai kecederaan Gabriel Silva yang mungkin tidak dapat beraksi selama 30 hari.
Palermo
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini meyakinkan bahawa Bertolo Mutti akan kekal sebagai pengurus sekurang-kurangnya sehingga hujung musim ini.
Parma
Direktor sukan Parma, Pietro Leonardi dilapor mahukan jaminan mengenai rancangan masa depan kelab itu sebelum dia menandatangani kontrak baru.
Siena
Napoli akan bertemu Juventus dalam perlawanan akhir Coppa Italia setelah berjaya menyingkirkan Siena hasil gol sendiri dan gol jaringan Cavani.
Udinese
Dusan Basta berharap rakan sepasukannya yang sudah pulih kembali akan mencerahkan peluang Udinese untuk menamatkan musim ini di tempat ketiga.
No comments:
Post a Comment