AC Milan
Max Allegri berkata Milan tenang untuk menghadapi Barcelona dan berjanji akan menyerang dalam pertemuan pertama suku akhir Liga Juara-juara.
AS Roma
Direktor Roma, Walter Sabatini mendedahkan bahawa kelab itu sudah hampir berjaya membuat urusniaga pertama untuk pasaran pemain musim panas.
Atalanta
Pierpaolo Marino percaya prestasi yang ditunjukkan oleh Atalanta pada musim ini sepatutnya melayakkan mereka menyertai pertandingan Eropah.
Bologna
Bologna disahkan telah menghubungi Barcelona mengenai pemain pertahanan muda, Carles Planas, akan tetapi mereka belum mencapai perjanjian.
Cagliari
Cagliari mungkin menjalankan kesemua baki perlawanan di tempat sendiri di Stadio Nereo Rocco di Trieste - 600 batu daripada bandar Sardinia.
Catania
Pemain pertahanan Catania, Ciro Capuano mengumumkan bahawa pasukannya masih mahu memintas Roma dan menamatkan musim ini dengan tike ke Eropah.
Cesena
Pemain tengah, Simone Del Nero gembira berjaya menjaringkan gol setelah bertahun-tahun dilupakan dan percaya Cesena sepatutnya tewaskan Parma.
Chievo
Udinese dilapor akan gunakan hak mereka untuk membeli kontrak Gelson Fernandes pada musim panas nanti, sebelum melepaskannya kepada Chievo.
Fiorentina
Agen Stevan Jovetic berkata penyerang itu gembira dengan kontrak 5 tahun di Fiorentina, tetapi enggan mengesahkan gaji yang bernilai EUR2 juta.
Genoa
Enrico Preziosi marah setelah Rodrigo Palacio dikaitkan dengan Roma dan berkata penyerang itu akan kekal di Genoa untuk jangka masa panjang.
Inter Milan
Inter ambil keputusan untuk memecat Claudio Ranieri dan menaikkan pengurus skuad remaja mereka, Andrea Stramaccioni sehingga musim ini tamat.
Juventus
Juventus dilapor akan tawarkan pemain serta wang tunai kepada Lazio sebagai pertukaran untuk pemain tengah, Hernanes yang bernilai EUR30 juta.
Lazio
Juventus dilapor akan tawarkan pemain serta wang tunai kepada Lazio sebagai pertukaran untuk pemain tengah, Hernanes yang bernilai EUR30 juta.
Lecce
Leonardo Miglionico menegaskan bahawa dua keputusan seri sebelum ini berguna dan percaya Lecce tidak perlu mencapai 41 mata untuk selamat.
Napoli
Lorenzo Insigne lebih suka menanti setahun lagi sebelum menyertai skuad utama Napoli kerana ketika ini dia lebih mengutamakan masa bermain.
Novara
Penolong pengurus Novara, Mark Tullio Strukelj gembira mengutip 7 mata dari 3 perlawanan dan mengaku ia telah memperbaiki suasana di kelabnya.
Palermo
Agen Josip Ilicic membidas berita palsu mengenai perpindahan pemain itu, akan tetapi mengaku bahawa ketika ini, dia tidak gembira di Palermo.
Parma
Tommaso Ghirardi marah dengan pemain Parma yang gagal menang 8 perlawanan berturut-turut, tetapi menegaskan jawatang pengurus tidak terancam.
Siena
Penyerang Siena, Mattia Destro mahu menyertai pertandingan Euro U21 dan menegaskan bahawa dia sudah tidak kisah dikaitkan dengan Inter Milan.
Udinese
Udinese dilapor akan gunakan hak mereka untuk membeli kontrak Gelson Fernandes pada musim panas nanti, sebelum melepaskannya kepada Chievo.
No comments:
Post a Comment