Arsenal
Arsene Wenger menafikan bahawa Arsenal telah mencapai persetujuan dengan Cologne mengenai perpindahan Lukas Podolski pada musim panasn nanti.
Aston Villa
Alex McLeish mahu pemain Aston Villa bertindak lebih garang depan gol dalam usaha mencari kemenangan pertama di tempat sendiri sejak November.
Blackburn
Steve Kean berharap Bolo Zenden boleh menyertai skuad Blackburn untuk baki musim ini, berikutan pertemuan dengan bekas pemain Belanda itu.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle percaya pemainnya perlu menikmati tekanan bermain dalam perlawanan bernilai 6 mata menentang Queens Park Rangers.
Chelsea
Selepas bertemu dengan pemain senior Chelsea, Roberto Di Matteo menafikan dakwaan yang mengatakan pemainnya mempunyai kuasa yang terlalu besar.
Everton
Penjaga gol Amerika, Tim Howard mengaku dia tidak pasti sama ada dia mampu terus bermain bila kontraknya di Everton tamat pada usia 37 tahun.
Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol mengesahkan bahawa rundingan untuk melanjutkan kontrak Clint Dempsey selama tiga tahun lagi telahpun dimulakan.
Liverpool
Kenny Dalglish berkata dia menggunakan pendekatan yang sama walaupun terdapat perbezaan antara rekod Liverpool di Anfield dan di tempat lawan.
Manchester City
Mario Balotelli gesa penyokong Man City supaya berlembut dengan Carlos Tevez bila dia kembali ke dalam skuad buat kali pertama sejak September.
Manchester United
Sir Alex Ferguson berkata dia perlu menilai semula pendekatannya untuk perlawanan Eropah di Old Trafford, berikutan rekod mereka musim ini.
Newcastle United
Newcastle Utd mengesahkan bahawa Peter Lovenkrands tidak lagi dapat beraksi pada musim ini setelah mengalami kecederaan paha ketika berlatih.
Norwich City
Pengurus, Paul Lambert berkata kem latihan di Sepanyol telah membantu menyegarkan semula skuad Norwich, berikutan 3 kekalahan berturut-turut.
Queens Park Rangers
Pengurus, Mark Hughes menegaskan bahawa skuad QPR perlu mendapatkan mata dalam setiap baki perlawanan musim ini jika tidak mahu turun divisi.
Stoke City
Stoke dijangka akan pecahkan rekod kutipan mata mereka di dalam Liga Premier, tetapi Tony Pulis berkata dia hanya fokus untuk mencapai 40 mata.
Sunderland
Giovanni Trapattoni cabar pemain Sunderland, James McClean untuk menggunakan baki musim ini untuk memecah masuk skuad Euro Republik Ireland.
Swansea City
Brendan Rodgers berkata kekalahan Swansea kepada Manchester City pada bulan Ogos lalu telah membantu mereka mencapai kejayaan pada musim ini.
Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp mengaku bahawa pasukannya memerlukan keajaiban sekiranya mereka mahu menjuarai Liga Premier pada musim ini.
West Brom
West Brom mengesahkan bahawa Steven Reid tidak lagi dapat bermain pada musim ini setelah mengalami kecederaan ligamen ketika bertemu Chelsea.
Wigan Athletic
Pengurus, Roberto Martinez percaya status Dave Whelan sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan bekas pemain bola telah memanfaatkan Wigan.
Wolverhampton
Pengurus Wolves, Terry Connor percaya masalah yang dialaminya dalam beberapa hari ini telah meyakinkan dia yang dia mampu menjadi pengurus.
No comments:
Post a Comment